penipuan, SPR, undi pos
[MK] Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalah guna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.
Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.
"Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.
"Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut cita rasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.
Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum - pemalsuan undi yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang.
P/s: Apa komen SPR? Apa komen rejim?
Dunia Cacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.