Saturday, August 20, 2011

Sabah Makin Derita: Kroni Umno-APCO Kaut Untung RM100 Juta

 
Bina Puri dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM100 juta daripada
projek pembangunan kompleks pentadbiran baru Sabah yang

bernilai RM388.7 juta

Keputusan kerajaan negeri membina pusat pentadbiran bernilai ratusan juta ringgit terus dikecam.

Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) berjaya mendapat projek tersebut dengan kontrak bernilai RM388.7 juta.


Bangunan itu akan dibangunkan di Likas Bay, Kota Kinabalu yang bakal dimulakan pada bulan Ogos ini dan dijangka mengambil masa 30 bulan untuk disiapkan.


Terdahulu, Adun Pembangkang, Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjung) merangkap Pengerusi DAP Sabah, menyatakan pendirian menentang pembinaan pusat berharga RM388.7 juta itu kerana ia bertentangan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’.


Selain itu ia juga tidak membawa faedah dalam erti kata sebenar kepada rakyat.


Ketua Pemuda Pas Sabah, Lahirul Latigu dipetik berkata "Negeri Sabah masih menduduki tangga terakhir negeri termiskin di Malaysia, bagaimana kerajaan negeri Sabah boleh berbelanja untuk projek mega yang tidak memberi faedah secara total kepada rakyat"

Lembaga Pengarah Bina Puri Holdings yang beribu pejabat di Selayang, Selangor

"Dalam keadaan terlalu banyak isu kemiskinan yang tidak diatasi, isu kemudahan asas : elektrik, air, jalan raya yang masih tidak di selesaikan, tindakan kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit demi sebuah bangunan pentadbiran adalah tindakan yang tidak mengutamakan kebajikan rakyat" tambahnya.

Beliau menegaskan, kerajaan perlu lebih serius dan bersungguh-sungguh mencurahkan usaha dan perbelanjaan demi membela rakyat miskin di negeri Sabah, bukan saban tahun menghabiskan duit rakyat demi kesenangan pihak pemerintah semata-mata.
 
Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.