Saturday, August 27, 2011

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas Nigel Aw


 
Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

orang asli protest putrajaya"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

“Jika ini membabitkan masyarakat lain, mereka sudah lama akan bertindak, tetapi kami adalah masyarakat yang cintakan keamanan dan oleh itu kami kesempatan diambil ke atas kami. Untuk masa depan generasi, kita tiada pilihan lain, walaupun jika perlu masuk penjara, " kata Tijah.

Penduduk pribumi berkenaan berang dengan pengumuman Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) baru-baru ini bahawa mereka telah memuktamadkan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung cadangan pembaharuan di tanah-tanah Orang Asli.

orang asli protest in putrajaya 170310Mengikut rancangan itu, individu keluarga Orang Asli akan menerima hak milik tanah kepada plot tanah yang sama dengan model Felda. Namun, ini bermakna tanah hak-hak adat mereka, di mana lot-lot tanah adalah lebih besar akan dirampas dan diberikan lot yang lebih kecil.

Pada bulan Mac tahun lalu, kira-kira 2,000 Orang Asli berhimpun dan membuat bantahan di Putrajaya atas isu yang sama. Sejak itu, kerajaan berdiam diri, tetapi pengumuman baru-baru ini telah sekali lagi menghangatkan semula isu berkenaan.

Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam, Tijaj melahirkan rasa kecewanya dengan sikap kerajaan yang kurang berminat untuk mendengar tuntutan Orang Asli.

Orang Asli Demo

"Saya amat kecewa dengan kerajaan ... Sepanjang 43 tahun kehidupan saya, setiap masyarakat Orang Asli yang saya telah temui, mereka begitu sayangkan kerajaan dan menyokong Umno dan BN. Tetapi apa yang sudah terjadi kepada masyarakat Orang Asli hari ini? " keluhnya.

Pada sidang akhbar ini, Tijah diiringi oleh timbalan presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon, anggota jawatankuasa JKOAP Shafie Dris dan perwakilannya Williams Hunt.

Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.