Wednesday, August 10, 2011

Musykil: Apa Motif 'Ezam Mohd Noor' Serta Empat Lagi 'Bekas Pemimpin PKR' Kata Najib Razak Dan Rosmah Itu Tidak Relevan Jadi Saksi Kes Liwat II!


Ramai pihak yang terkejut dengan kenyataan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (foto) yang beriya-iya kononnya dia sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar. 
Kenyataan itu di siarkan dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini atas tajuk "5 bekas pemimpin PKR, setiausaha sulit sedia jadi saksi kes Anwar". Soalnya, kenapa Ezam begitu "desprade" mahu menjadi saksi sedangkan namanya tidak termasuk dalam senarai atau pun "tidak relevan". 
Apakah beliau mendapat arahan daripada pihak-pihak tertentu agar mengalih perhatian rakyat terhadap tindakan peguam bela Anwar yang mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes tersebut. Selain dari Ezam turut dilaporkan menawarkan diri menjadi saksi ialah Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin, Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman. 
Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela itu adlah adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka (Najib dan Rosmah) tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. Soalnya, benarkah Najib dan Rosmah tidak relevan dipanggil sebagai saksi?. Bukankah diawal kes ini dihebohkan dulu Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri ada mengaku yang Saiful ada menemuinya untuk memohon biasiswa. Itu pun selepas beberapa gambar anak muda itu bergambar di hadapan pejabat beliau disebarkan. 
Malah, najib juga mengaku Saiful datang ke rumahnya dalam keadaan terketar-ketar dan kesejukan untuk mengadu dia telah diliwat Anwar. Itu isunya, dan ini bermakna Najib adalah antara orang terawal yang mendapat tahu "Saiful Bukhari" kononnya telah diliwat.


Sila klik untuk besarkan imej gambar kenyatan DSP Jude Pereira di atas
[Bukti kedua, kenapa Najib dan Rosmah relevan untuk jadi saksi kes liwat II ini ialah kerana nama mereka juga disebut-sebut dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika prosiding perbicaraan dijalankan. 

Kenyataan itu telah dibuat oleh Pegawai Penyiasat kes berkenaan iaitu DSP Jude Pereira. Beliau berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008. 

Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut keterangan beliau di mahkamah pada 11 Mac 2011 yang lalu. 

Maka, dalam hal ini pemilihan Najib sebagai saksi adalah relevan dengan kes. Kenapa mereka semua mengatakan ia tidak relevan?. Kebenaran apakah yang mahu disembunyikan?. Rakyat melihat semua adengan ini sebenarnya. 

Jika Anwar bersalah maka hukumlah dia dengan seadilnya. Namun, dia juga berhak memanggil saksi yang relevan dengan kes dan bukannya saksi yang mencipta spekulasi seperti mereka berlima].

 Pahang Daily Online 

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.