Saturday, August 6, 2011

Kes Fitnah II : Nurul Izzah Desak Najib, Rosmah Ke Mahkamah




KUALA LUMPUR 6 OGOS : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah bagi kes fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Izzah berkata,  Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirasi dalam kes tersebut.

“Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan,” 
katanya.

 Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyifatkan tindakan itu hanya akan memburukan lagi imej pemimpin negara itu yang sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN.

“Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan  respon positif daripada Perdana Menteri,” Nurul Izzah berkata demikian ketika ditemui selepas  sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) semalam .

Najib sebelum ini bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa diliwat.

Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu.

Kelmarin, Najib dan Rosmah enggan hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan itu, kecuali dengan sepina mahkamah.

Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Najib dan Rosmah, Anwar mahu menemubual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum memberikan keterangan pada Isnin. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.
TV News

1 comment:

  1. Surah Al Nur Ayat 19 - Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab yang amat pedih didunia dan diakhirat dan Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.