Betul ke Dr Hassan Ali tak kisah beliau dipecat demi menjaga akidah umat Islam? Jika betul ada akidah umat Islam yang mahu dirosakkan, bukan sekadar dipecat malahan semua umat Islam wajib bangun menentang hatta mesti berani dan bersedia untuk mati. Jadi, tak pelik pun Dr Hassan Ali berkata demikian berikutan isu menyerbu sebuah Geraja di Selangor baru-baru ini.
Persoalannya, sudahkah Dr Hassan Ali atau JAIS bawa bukti bahawa memang benar berlaku ada `program' memurtadkan umat Islam di Gereja tersebut? Jika ada, mengapa perlu Dr Hassan Ali dipecat kerana itu? Tetapi jika dipecat kerana `salah laku' atau secara biadap menyerbu rumah ibadat ugama lain itu mungkin boleh dilakukan. Bayangkan, jika tiada kes atau bukti tentang `upacara' memurtadkan berlaku di situ, tetapi sebaliknya ada bukti bahawa JAIS bertindak `biadap' atau `kurang ajar' menyerbu Gereja tersebut, apa tindakan yang patut dibuat?
Siapa pun bersalah, aku jelek dengan orang yang gunakan media berlidah syaitan untuk mempertahankan diri. Mahu berjuang Islam, tetapi guna media yang terang nyata dan jelas memusuhi Islam. Bukankah kita dah tahu media tersebut sebelum ini heboh memberitahu betapa Kristian akan dijadikan Ugama Resmi negara ini? Bila disiasat, ternyata pembohong besar media itu. Itukah media yang dipilih oleh Dr Hassan Ali dan anak Tuan Guru Nik Aziz? Jika Harakah tidak mahu siarkan kenyataan mereka pun, paling tidak gunakan blog sendiri biar Blogger yang lain akan siarkan, bukan menyembah lutut media berlidah syaitan itu.
Selanjutnya, baca di sini dan di sini.
Sumber: Budakmental
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.