Saturday, August 6, 2011

Daftar Pemilih : Penipuan dan Penyelewengan AGENSI KERAJAAN makin hebat, apa tindakan kita?


Penyelewengan dan penipuan agensi kerajaan makin hebat. Sekarang ini bukan setakat nama pengundi ada di dua tempat atau ujudnya pengundi yang mati dalam daftar pemilih tetapi sudah sampai ke tahap menggadai maruah dan keselematan negara. 

Apa tidaknya memberikan hak kerakyatan dan warganegara kepada pendatang asing yang tidak layak serta memberikan hak sebagai pengundi sah kepada pendatang asing. Bukankah itu amat merbahaya dan menjual maruah dan keselamatan negara.

Kita nampaknya hanya boleh membuat bantahan dan gesaan supaya dihentikan sedangkan petualang negara ini terus menjual dan menggadai keselamatan negara dengan kerja-kerja terkutuk itu tanpa henti.


Saya mencadangkan pimpinan PAS dan PR mengambil langkah yang lebih drastik dan terancang bagi mengatasi masalah.


Beberapa cadangan saya :-


1) Mohon menghadap Yang Dipertua Agong untuk mengadu hal yang dilakukan oleh Petualang negara ini.


2) Saman di mahkamah dengan kadar yang banyak.


3) Laporkan perkara ini ke peringkat antarabangsa khususnya PBB, Komanwel dan sebagainya


4) Anjurkan bantahan berterusan dengan cara yang sesuai


5) Arahkan semua ahli PAS buat solat hajat tiap-taip hari mohon Allah hapuskan petualang negara dan

hindarkan kita dari penpuan dan kezaliman petualang-petualang ini. Solat secara berjemaah atau individu

6) Boikot Pilihanraya sebagai jalan terakhir kerana kita tahu jika kita bertanding pun kita akan kalah.

Mutaligat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.