Monday, August 15, 2011

Bukan PAS/PR, Tapi PERKASA Yang Bakar The Star

Star anti-Islam, kata PERKASA


Pertubuhan Hak Melayu, PERKASA, hari ini mengecam akhbar The Star sebagai musuh Islam, kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.


Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau tidak menerima penjelasan bahawa ia adalah satu kesilapan.

"Kita semua tahu siapa editor the Star," katanya sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai menguji had toleransi orang Islam.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, Ibrahim bertegas kesilapan The Star adalah "cabaran terang-terangan" terhadap Islam.

Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas menuduhkan akhbar harian berbahasa Inggeris itu secara "konsisten menyerang Islam".

Oleh itu, tegas Ibrahim, adalah perlu bagi PERKASA "menuntut semula peranan sebagai pembela Islam", dengan menuduh PAS telah gagal memainkan peranan tersebut.

Ahli parlimen bebas itu juga mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri tidak lagi mengambil berat tentang Islam dan kini lebih tertarik dengan undi dan akan berkompromi terhadap apa saja.

Dalam satu majlis kecil selepas itu, Pemuda PERKASA membakar nashkah akhbar the Star. -mk


Perkasa bakar akhbar Star

Akhbar itu menyiarkan iklan juadah Ramadan mengandungi daging babi.


KUALA LUMPUR: Perkasa membakar akhbar The Star sebagai memprotes akhbar itu menyiarkan iklan hidangan Ramadan baru-baru ini.


Akhbar itu menyiarkan iklan juadah Ramadan mengandungi daging babi.


Pembakaran itu diketuai oleh Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Idris.


Dalam ucapannya, Irwan berkata. Penyiaran iklan oleh akhbar The Star itu menghina orang Islam.


“Perkasa meminta akhbar The Star meminta maaf secara terbuka kepada orang Islam,” katanya.


Dalam ucapannyqa, Irwan juga menyelar MCA dan MIC yang dianggapnya suka menjaga hal ehwal orang Melayu.


“Kamu kerjalah untuk kaum kamu sendiri kerana dalam pilihan raya tidak mendapat sokongan.


“Tolong hormati kaum majoriti,” katanya. -FMT


Ulasan GB


Bukan PAS, bukan PKR apatah lagi DAP yang bakar akhbar The Star. Tetapi PERKASA. Rakan karib UMNO yang selama ini dijulang oleh media arus perdana termasuk The Star/Mstar sendiri.


Isunya kerana The Star menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa. Ia memang menghinakan umat Islam.


Tetapi PAS/ Pakatan Rakyat tidak mengambil tindakan melulu. Kita tahu bahawa tidak mungkin The Star boleh melakukan penghinaan keterlaluan sedemikian rupa terhadap umat Islam, tetapi kita juga tahu bahawa berkemungkinan ia dilakukan tanpa sengaja, atau kerana kejahilan atau kerana kecuaian, atau tanpa niat untuk menghina.
Maka itu PAS/PR tidak mudah mengambil tindakan melulu... mengenepikan emosi/sentimen tetapi menunggu jawapan sebenar dan peryataan mohon maaf secara terbuka oleh The STAR.

Buka mata, Melayu yang mana bersentimen dan beremosi dan yang suka
runs amuk?

Sekarang The Star sudah sepatutnya dapat menilai sendiri. Kebenaran telah bersuara dengan jelas di depan mata. Terpulang. Masih nak menghentam PAS/PR dan nak membela UMNO BN lagikah?


Jika ya, teruskan, kami akan terus juga memohon agar Tuhan dedahkan lagi kecelaruan "barisan" kamu yang sebenarnya sedang berada di jurang keruntuhan.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.