Sunday, July 31, 2011

Tarikh Pilihanraya Umum: Muhyiddin Lebih Berkuasa??






Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menghidupkan semula spekulasi mengenai pilihanraya umum pada hujung minggu lalu, dengan mengatakan bahawa pilihanraya umum ke -13 cuma tinggal beberapa bulan lagi.

Beberapa bulan kebelakangan ini, ramai pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Najib Razak membayangkan kemungkinan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan.


Najib juga pernah mengatakan pilihanraya akan diadakan secepat mungkin, tetapi selepas ketidakcekapan dalam menangani beberapa isu, ramai rakyat Malaysia telah berputus asa dalam mempercayai beliau.


Walaupun begitu, terdapat dua cerita yang kontra mengenai perebutan kuasa di UMNO, parti yang memegang tapak pimpinan BN.


Satu mengatakan Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak begitu serius dan tidak tergesa gesa untuk mengadakan pilihanraya umum, tetapi Muhyiddin and bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad yang beria-ia supaya pilihanraya umum diadakan kerana ketidakcekapan Najib dalam menjadi Perdana Menteri sangat jelas.


Cerita kedua pula mengatakan bahawa Najib mahu mengadakan pilihanraya umum awal kerana beliau mahu mendapatkan mandat daripada rakyat, meyingkirkan musuh beliau dan memilih pengikut setianya untuk dijadikan pemimpin UMNO.


Pemimpin-pemimpin daripada puak puak dalam parti yang mendengarkan ini tidak begitu gentar kerana mereka hanya memilih untuk mempercayai apa yang memanfaatkan mereka.


Walau bagaimanapun, selepas pergolakan politik yang berlaku baru baru ini, seperti perarakan Bersih yang meminta supaya pilihanraya diadakan dengan bebas dan adil pada 9 Julai yang lalu, cerita yang didengar adalah semakin jelas.


‘Saya merasakan Muhyiddin sedang memberi isyarat yang sangat ketara untuk pilihanraya umum diadakan secepat mungkin.


Tidak hairan yang Najib tidak berupaya untuk menjadi Perdana Menteri yang sempurna.


Dua cara untuk melihat situasi ini – Muhyiddin mahu menyelamatkan negara ini sebelum Najib memusnahkan semuanya, atau ia adalah masa yang paling baik untuk Muhyiddin dan Mahathir untuk menyingkirkan Najib dengan cara yang sama dengan Badawi’ kata Timbalan Presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Najib untuk menerima nasib yang sama seperti Badawi
Jui Meng, yang merupakan bekas Menteri Kesihatan, merujuk kepada pilihanraya umum 2008, di mana perdana menteri yang ke -5 Adbullah Badawi ‘diminta’ supaya tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO selepas mengetuai BN dalam prestasi pilihanraya yang paling teruk dalam pilihanraya umum 2008.


Selepas mencuba bersungguh sungguh, Muhyiddin bersama dengan Mahathir telah membela Najib untuk memegang jawatan Presiden UMNO, yang juga membawa jawatan Perdana Menteri. Badawi terpaksa meletak jawatan untuk memberi ruang kepada Najib, yang ketika itu merupakan timbalannya.


Muhhyiddin dan Mahathir dijangka akan melakukan perkara yang sama terhadap Najib pada Perhimpunan Agung UMNO tahun depan, tanpa mengira keputusan pilihanraya umum ke-13.


Besar kemungkinan yang Najib tidak akan berupaya membaiki populariti peribadinya, dan juga imej BN yang cuma mejadi cengkerang untuk UMNO dalam pilihanraya umum 2008 dalam masa yang singkat untuk membaiki keputusan pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan tanpa mengira bila, 2012 atau 2013.


‘Mereka percaya yang mereka masih boleh menjadi kerajaan persekutuan walaupun tidak memenangi majoriti dua pertiga di Parlimen.


Kalau mereka menunggu lebih lama, besar kemungkinan adik beradik sepupu itu akan kalah kepada Pakatan Rakyat.


Saya berpendapat pilihanraya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini, semasa cuti panjang’ kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin, kepada Malaysia Chronicle.


Nizar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang bersama-sama dengan Najib, yang telah mengecam hebat perarakan Bersih, yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Faktor Rosmah

Seperti Nizar, Jui Meng juga berpendapat yang pilihanraya umum ke-13 bakal diadakan selepas Bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober.


Dia juga mengatakan yang perselisihan dalam UMNO tidak dapat dielakkan dan Rosmah kini menjadi halangan besar bagi Najib, seperti Khairy Jamaluddin kepada Badawi.


Khairy yang merupakan Ketua Pemuda UMNO dan juga menantu Badawi, cukup dibenci oleh puak Mahathir kerana ‘ ketamakan’ nya.


Antara peristiwa peristiwa yang berlaku baru baru ini yang menyumbang kepada ketidakcekapan Najib adalah kemelut Bersih yang tidak ditangani dengan wajar walaupun selepas ianya berakhir, dan juga cemuhan yang diterima di peringkat antarabangsa untuk peranan mereka dalam menangani isu Bersih.


Mereka juga menuding jari kepada kes kes yang menyerupai ‘sabotaj’ dan ‘skandal’ tertentu yang melibatkan Rosmah dan dakwaan pembelian cincin berlian bernilai RM24.4 juta, kondominium mewah yang bernilai RM100 juta terletak di New York City, yang didakwa dibeli oleh ahli perniagaan terkenal Jho Low.


Satu lagi pukulan maut yang dihadapi Najib dan kempennya ialah penemuan terbaru dalam siasatan kematian Teoh Beng Hock oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja, kata mereka. Demikian juga dalam masalah ekonomi negara di mana pertumbuhan ekonomi meleset tetapi harga barangan konsumer meningkat.


Sebelum atau selepas Bajet

Walau bagaimana pun, ada juga yang berpendapat pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada bulan September atau Oktober sebelum pembetangan Bajet.


‘Saya percaya ada sesuatu yang sedang berlaku dalam parti UMNO.


Tetapi saya berpendapat kemungkinan untuk pilihanraya umum diadakan adalah besar sebelum Bajet dan sejurus selepas Hari Raya Puasa.


Untuk mengadakan pilihanraya selepas Bajet kemungkinan besar ia akan terlalu dekat dekat Hari Raya Haji dan musim tengkujuh ‘ ujar timbalan presiden PKR, Tian Chua.


‘Tekanan ke atas ekonomi juga semakin kuat dan jika pilihanraya diadakan sebelum Bajet 2012, mereka boleh memasukkan GST dan lain lain subsidi.


Jika mereka menunggu selepas Bajet, mereka terpaksa bergantung kepada bil bil suplementari untuk mendapatkan peruntukan tambahan’

Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.