Wednesday, July 20, 2011

PENTING !! Kompilasi Pendedahan Cincin RM24Juta Imelda Rosmah !!


Salam hormat,

Kompilasi siri-siri pendedahan mengenai cincin RM24juta ini dihasilkan supaya menjadi rujukan kepada mereka yang ingin tahu kronologi bagaimana isu ini dibangkit. Siapa yang boleh berdiam diri apabila melihat negara musnah dek kerakusan Imelda Rosmah ?

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan apa jua kepincangan baik di pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang sendiri. SAMM adalah gabungan anak muda pendesak perubahan, pasti tidak akan berdiam dan akan terus mara berjuang.


Kini SAMM berdepan dengan seorang wanita jelmaan Imelda Marcos. Bersama dengan wanita ini adalah seluruh kekuatan kerajaan termasuklah pegawai tertinggi kastam, tetapi pegawai bawahan yang berjiwa rakyat tetap bersama kami untuk membongkar kebejatan memenuhi nafsu serakah - Imelda Rosmah. Kompilasi ini juga bertujuan untuk menegaskan bahawa SAMM tidak pernah menghentikan desakan supaya SPRM menjalankan tugasnya dengan mengheret empunya nama dalam borang kastam tersebut, dan juga supaya rakyat tidak terus didodoikan dengan ceritera dongeng yang tidak masuk dek akal di sebalik bukti yang mendapat pengesahan dari SPRM.


Walaupun siri pendedahan telah melepasi beberapa fasa, dari fasa pendedahan pertama hingga timbal balas dari juak-juak yang ingin mempertahankan Imelda Rosmah menggunakan isu 'pameran sulit', dan seterusnya beberapa entry balasan yang menyanggah perihal 'pameran'. Namun begitu masih tiada sebarang penafian daripada Imelda Rosmah, walaupun laporan yang disahkan oleh SPRM telah tertera namanya Rosmah.


Saya tidak akan memperincikan kompilasi yang telah disediakan oleh Chegubard sebagai Penyelaras SAMM, tetapi InsyaAllah akan ada satu lagi pendedahan penting yang akan dipublish dalam blog edyesdotcom pada lewat malam ini. Berikut adalah kompilasi pendedahan yang dibuat berdasarkan kronologi pendedahan;

Imelda Rosmah masih berdiam.

Oleh : Chegubard

Sudah hampir dua minggu pendedahan mengenai wujud satu kemasukan belian bernilai RM24.45 j terkait nama Imelda Rosmah. Sejak itu dia diam dan membisu cuma 'pengampu-pengampu' dia yang sibuk bertungkus lumus menjawab. Mulanya pengampu Imelda mengatakan bunti tersebut palsu dan kini sudah tidak boleh menyangkal setelah
SPRM mengesahkan dokumen tersebut maka muncul pula borang kastam kedua kononya belian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu. Kononya belian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya.

Klik bahan - bahan di bawah untuk membaca mengenainya.

  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu
  • Tidak kuarng juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama tem,an-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanya gelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran... tetapi Imelda Rosmah tetap diam.
Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.
Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html


EDYES: Nantikan pendedahan baru iaitu perincian terhadap bukti yang dikemuka juak-juak pembela Imelda Rosmah untuk menyelamatkan regim yang semakin parah. Pendedahan oleh Edyes InsyaAllah akan dipublish lewat malam ini. Tungguuuu !!

ADYESDOTCOM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.