Wednesday, July 20, 2011

Bekas komander: Jika FRU berkasar, ramai di hospital !!!




Bekas komander: Jika FRU berkasar, ramai di hospital
 

Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageSupt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.

NONEBeliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.

Insiden terpilih

"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung."

"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalBeliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.

Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.

"Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.

NONESulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.
Tak sampai 10 orang
Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.

anwar ibrahim injured with bodyguard and surendran in bersih 1"Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka," katanya.

Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka.

NONEBeliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang.

"Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja," tegas Sulaiman.

Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan.

NONESulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi.

"Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.