Tuesday, July 5, 2011

Antara Alasan Halang BERSIH - Pemuda PAS Dakwa Temui 10 Ribu Pengundi Hantu di Selangor



Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu  bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 lapor FMT

Timbalan Ketua Pemudanya,  Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka didaftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.

“Melalui semakan oleh para petugas, kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.

“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini dihantar ke DUN atau Parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.


Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0  dan tuntutan Bersih  untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM  melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.

Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil  tindakan undang-undang.

“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya.


P/s: Inilah "benda" yang mahu dipertahankan oleh PERKASA dan UMCO hingga ke titisan darah terakhir. Inilah nyawa/tali hayat mereka dalam PRU 13!

sumber: duniacacamarba

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.