Saturday, July 9, 2011

Ahli Petubuhan Silat Lincah Bebas Berada Di Kuala Lumpur.... ???

Seramai 10,000 ahli-ahli Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang berhimpun di ibu kota bagi menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 pertubuhan mereka tidak diarahkan untuk terus berada di Kuala Lumpur walaupun sebelum ini merancang mahu bertindak menghentikan perhimpunan Bersih 2.0.

Jurucakap persatuan itu berkata, bagaimanapun mereka dibenarkan membuat keputusan sendiri sama ada untuk berbuat demikian atau tidak.


“Sebahagian mereka mungkin akan terus berada di sini. Tetapi tiada arahan daripada pemimpin kami untuk berbuat begitu.


"Mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur mungkin mahu membeli-belah atau melancong," katanya di sini, Jumaat.


Sambutan ulang tahun berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang berakhir Jumaat.


Kelibat mereka dalam jumlah yang ramai terutamanya di sekitar Chow Kit, mencetuskan khabar angin bahawa mereka diarahkan berbuat demikian jika timbul sebarang kemungkinan ekoran perarakan Bersih pada Sabtu.


Pengasas pertubuhan silat itu, Tan Sri Omardin Mauju sebelum ini dilaporkan melancarkan 'perang' ke atas Bersih dengan berhasrat membentuk benteng manusia bagi menyekat peserta-peserta Bersih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.