Sunday, June 19, 2011

Salah Satu Kesan Sampingan VIAGRA

 
Pengasas Playboy Hugh Hefner dikatakan sudah pekak kerana mengambil terlalu banyak pil Viagra, kata bekas kekasihnya, kembar Karissa dan Kristina Shannon. Walau bagaimanapun, Karrisa dan Kristina, 21, berkata kasanova berusia 85 tahun itu tidak akan berubah kerana dia tidak mahu kehilangan nafsu seksualnya lapor berita Agensi.


Karissa berkata: “Hefner memberitahu dia lebih rela menikmati seks berbanding memiliki deria pendengarannya. Dia memakai alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga. Anda perlu menghampirinya dan bercakap dekat di telinganya supaya dia dapat memahami anda. Kami boleh duduk di sampingnya tetapi dia tidak tahu apa yang kami bualkan.”

Kajian di Amerika Syarikat tahun lalu memberi amaran bahawa lelaki yang mengambil pil Viagra dalam jumlah yang banyak berkemungkinan menghadapi kehilangan deria pendengaran secara berganda. Pakar perubatan Doktor Carol Cooper berkata: “Pil itu memberikan kesan kepada saraf kita.” 
 
 
Karissa dan Kristina yang tinggal di rumah agam milik Hefner di Los Angeles selama dua tahun berkata, lelaki itu turut juga kehilangan daya ingatan.  Karissa berkata: “Dia juga selalu lupa nama haiwan peliharaan kami.” 
 
 
 P/s: Sila ambil perhatian!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.