KUANTAN, 2 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini kesal dan kecewa dengan tingkah laku seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang dipercayai menjadi "mastermind" yang membawa "budaya samseng" kepada penyokong UMNO untuk timbulkan kekecohan melampau dalam himpunan Lynas di Teluk Chempedak baru-baru ini.
Exco yang dimaksudkan ialah Dato' Hj.Mohamad Sahfri Ab Aziz (foto) yang memegang portfolio Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ibam, dipercayai menjadi "ketua dalam gerakan untuk mengapi-apikan penyokong kerajaan supaya melakukan kekecohan dan menyerang" semua pihak yang dipercayai kumpulan membantah Lynas.
Malah beliau juga didapati telah menyampaikan ucapan berbaur perkauman yang mengajak pihak berkenaan menganyang pihak yang mengadakan demontrasi aman membantah Lynas. Isu perkauman dimainkan, kononnya Lynas hanya diperjuangkan oleh orang-orang Cina sahaja. Sebaliknya merasakan orang Melayu tidak bersama dalam bantahan berkenaan.
Padahal, beliau harus tahu bahawa jika berlaku sebarang malapetaka akibat kilang Lynas maka yang akan mendapat risikonnya bukanlah orang Cina tetapi kepada semua rakyat berbilang bangsa. Soalnya, kenapa orang Cina lebih "advanced" dalam hal-hal kesihatan seperti ini. Semuanya kerana akhbar dan media pengampu UMNO yang berbahasa Melayu gagal memainkan peranan untuk menyedarkan rakyat tentang bahaya radiaoaktif.
Aksi Si Safri Aziz, Exco Pahang yang telah lari dari tugas beliau sebenarnya
di sisi kiri Zaili Besar (ADUN Panching), sisi kanan Tok Sam (Setpol MB)
[Sebaliknya akhbar berbahasa Cina dilihat lebih terkehadapan dalam memaparkan berita, aktiviti dan segala maklumat yang berkaitan.Lantaran itulah kita tidak hairan mereka lebih faham dan sedang akan tanggungjawab sosial seperti ini.
Tindakan Si Sahfri Aziz membuat provokasi supaya penyokong UMNO menganyang "kaum Cina" yang kononnya cuba membuat onar dalam isu ini jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula exco terbabit adalah bertanggungjawab terhadap "perpaduan" antara sesama kaum di negeri ini. Malahan juga tindakan mengumpul NGO beliau untuk sama-sama hadir pada hari itu jelas sekali menunjukkan beliau telah menyalahgunakan kuasanya.
Apakah motif para belia diajar supaya bertindak "samseng" seperti ini?. Sedangkan beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir sepatutnya mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukannya ajar mereka kepada kekerasan yang akan menimbulkan perbalahan kaum di negeri ini. Apakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang layak untuk bergelar Exco agaknya].
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.