Nelayan Mogok, Rakyat Makin Gelisah Serta Gesa Kerajaan Selesaikan Segera Kemelut Yang Landa Nelayan Serta Pengusaha Bot Tunda Di Kuantan!
KUANTAN, 14 Jun - Orang ramai di sekitar bandar ini mengeluh resah, apabila gagal mendapatkan bekalan ikan, udang, kerang dan lain-lain makanan laut akibat tindakan mogok oleh nelayan baru-baru ini.
Rata-rata yang ditemui berharap agar kerajaan dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera. Malah terdapat peniaga restoran yang terpaksa membatalkan menu makanan berasaskan hasil laut mereka akibat kekurangan bekalan. Mogok yang bermula hujung minggu lalu benar-benar memberi kesan negatif terhadap perniagaan mereka.
Difahamkan, seramai lebih 500 nelayan dan pengusaha bot tunda enggan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini. Tindakan kerajaan menarik balik subsidi super kepada nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda menyaksikan harga ikan dan makanan laut naik mendadak sehingga 30 peratus.
Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan persekutuan gagal menangani keluh kesah nelayan yang turut dihimpit kesulitan hidup. Tambah malang lagi apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C kepada nelayan setelah subsidi kepada mereka dikurangkan.
Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi. Kerajaan telah mansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun 2011 yang lalu.
Beginilah nasib rakyat marhaen, biar pun bangga kibar bendera UMNO
BN namun nasib mereka akhirnya tidak didahulukan oleh kerajaan
[Dalam hal begini, terkadang kasihan juga melihat nasib nelayan Kuantan. Sudahlah masalah subsidi minyak diesel menjadi bebanan mereka, malah isu kebanjiran nelayan Vietnam yang menjalankan operasi di perairan negara ini turut menjadi masalah.
Difahamkan, ada pihaj-pihak tertentu "mengalibabakan" lesen mereka kepada nelayan negara terbabit dan mendapat keuntungan bulanan yang telah ditetapkan. Perkara ini disokong pula oleh pihak terbabit di jabatan berkaitan. Soalnya sekarang, kenapa ada pihak yang membenarkan lesen tempatan digunakan oleh nelayan asing.
Malah, mereka juga menjual minyak subsidi kepada nelayan terbabit dan mengaut untung lumayan atas usaha berkenaan. Kerajaan digesa menyiasat dan melakukan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Jika tidak, rakyat Kuantan akan terus mengeluh akibat masalah yang menimpa para nelayan sampai bila-bila].
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete