Monday, June 13, 2011

MB Selangor : SYABAS Mengenakan Kos Tabahan Yang Tidak Munasabah ?


Kos Syabas Berlebihan, Selangor Tak Lulus Peruntukan – Khalid Ibrahim
Dari Keadilan Daily

Kerajaan Negeri Selangor tidak meluluskan peruntukan tambahan epada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kosnya lebih daripada kebiasaan, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Beliau menjelaskan demikian ketika mencelah apabila Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin menyatakan bahawa Syabas tidak diberi peruntukan yang mencukupi untuk menjalankan projek non-revenue water (NRW), di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Peter Chin menyatakan bahawa masalah NRW semakin meningkat di Selangor.

Dalam soalan Abdul Khalid, beliau meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu merujuk laporan Malaysia Water Industry Guide 2010 yang menyatakan nilai purata non-revenue water (NRW) adalah 36.63 peratus melibatkan 1.8 bilion meter padu air serta kerugian RM1.64 bilion.

“Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW)?” kata Khalid dalam soalan bertulisnya.

Menurut Peter Chin, NRW berbeza antara negeri iaitu antara 19.01 peratus ke 59.90 peratus.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.