Tuesday, June 21, 2011

Kepimpinan PAS SELANGOR BARU Lebih MANTOP !!

 

Kudos Dr Abd Rani!!

Satu barisan kepimpinan yang mantop!! Semoga PAS Selangor terus kukuh, insyaAllah.

Fulaamakk!! 50 000 akan turun Bersih 2.0. Caya la...

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam. Pada November 2008, Khalid dan Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I.
Bekas exco pemuda PAS pusat, Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.
Dr Rani pada sidang akhbar sulung PAS Selangor di Shah Alam hari ini juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.
Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Dr Hasan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.
Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.
Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali. Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin. - Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.