Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja.
Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.
Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.
dengar Komen YB Nga Khor Meng.PC diLobi Parlimen.semalam.28hbJun.2011 Jam 3.22Petang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.