Thursday, June 30, 2011

Akan munculkah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja? Oleh: ZULKIFLI YAHAYA



Dengan kelebihan media-media arus perdana yang dimiliki BN, mereka memanipulasi semahu-mahu dan sepuas-puas isu Bersih 2 supaya persepsi rakyat terhadap maksud asal Bersih terpesong.

Sikap berat sebelah serta manipulasi jahat media BN dalam isu Bersih adalah perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya terhadap pembangkang. Inilah antara tuntutan Bersih yang menuntut supaya media adil terhadap semua pihak.

Sekarang media BN telah berjaya melakukan dua perkara besar:

1. Menghilangkan isu pokok Bersih 2 iaitu tuntutan terhadap sebuah pilihanraya yang bersih. Mereka mengalih fokus kepada rusuhan, huru hara, ketidaktenteraman, kesusahan orang awam, isu kemasukan pelancong, pelaburan dan sebagainya walhal himpunan yang dicadangkan hanya himpunan aman dan santai.

2. Menukar kepada isu racis iaitu kononnya perancangan oleh puak anti Islam, anti Melayu, komunisme, konspirasi asing, memecahbelahkan Melayu dan 'diwarnai' lagi dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda UMNO untuk 'berperang' dengan Bersih.

Bukan susah sangat nak ramal strategi UMNO, macam kebanyakan drama atau filem Melayu jugak kesudahannya dah boleh agak.

Ramalan untuk filem bertajuk 'Bersih 2' ini ialah nanti akan muncul Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja membawa titah supaya semua pihak yakni Bersih, Perkasa, Pemuda UMNO dan NGOs supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tiada siapa rakyat Malaysia yang akan derhaka pada Sultan. UMNO sudah tidak bermaya mengekang kebangkitan rakyat, benteng terakhirnya tentulah istana.

Namun, saya masih berharap plot cerita filem 'Bersih 2' ini masih mengekalkan skrip asal.

http://kedahla.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.