Apa sudah jadi dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (foto) agaknya. Tiba-tiba pula hari ini dia mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan penyokong pembangkang agar tidak gusar dengan sumpah laknat yang dilafazkan oleh beliau Beliau berkata, ini kerana sumpah laknat itu dibuat supaya Allah melaknat diri mereka iaitu trio Datuk T dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, jawapan kepada tuduhan zina atau qazaf yang diminta oleh penyokong Anwar berikutan kes itu tidak perlu dilakukan kerana dia tidak menuduh pemimpin pembangkang itu berzina.
Sebaliknya, Shazryl Eskay meminta rakyat menilai sendiri siapa pelaku seks dalam video itu dan moral pelaku tersebut. Kenapa beliau jadi begini?.
Apakah Eskay sudah "termakan sumpah" agaknya?. Masih kita ingat Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:
A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku".
[Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit.
[Maknanya, dalam akuan sumpah laknatnya itu dia begitu yakin yang pelaku dalam video yang digembar-gemburkan itu adalah Anwar Ibrahim. Anehnya Eskay juga mengaku dia adalah orang ketiga dalam pita video berkenaan namun dia menafikan membekal wanita didalam video terbabit.
"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong. Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur.
Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia. Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya. "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.
Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011". Nampak benar skrip "video seks" semakin tidak menjadi atau mungkin juga ia sudah memakan diri agaknya].
sumber: pahangdaily online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.