Friday, May 6, 2011

Najib Makin Terhimpit Politik Perkauman BN - Oleh : Wira Arjuna

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu. 


PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.
Kini tiba giliran Najib Razak untuk mencari balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan

Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.
“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.
Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputra dan pribumi.

Itulah realiti politik Barisan Nasional. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib.  Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA,  tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula  majoriti dua pertiga  di Parlimen akan membolehkan  Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan.  Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

Persoalan ini  membelenggui Chua  namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagaimana untuk mengekang kemaraan DAP,  jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.
“Pentingnya”  Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam,  video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar

Tindakan  sebegini oleh Umno dan MCA  untuk mendapatkan undi daripada kaum yang  mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi  teras perjuangan mereka.

Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa  memberikan  ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “Sokong kami, jika tidak……. “

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara.  Justeru keghairahan  Umno melamar  PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Inilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak Barisan Nasional, satu-satunya parti  yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan  jika terus menyokong  DAP  yang akrab  dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.