Islam kah negara kita sekiranya pemimpin negara hanya sibuk tentang soal agama rasmi negara tanpa usaha memartabatkan Islam sebenar, Islam sebagai pemerintah bukan Islam diperintah.
Malaysia dah jadi negara cacamarba sekarang ni, negara tunggang langgang yang menyebabkan kebimbangan rakyat ditahap paling tinggi terhadap tahap pemahaman masyarakat yang semakin menipis berhubung agama Islam. Pemikiran rakyat kini dikongkong dengan kejahilan sehingga rakyat terhindar daripada memahami prinsip Islam sebenar.
Pemimpin hanya bercakap tentang soal kosmetik Islam dari mendidik roh roh Islam dalam diri rakyat mereka. Mereka lebih sibuk risaukan negara jadi negara Kristian akan tetapi hukum Qazaf, sumpah (laknat) dan hukum Syarak tidak dipatuhi. Islam hanya di anut setengah dan di sejuk bekukan lagi setengah.
sumber: shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.