Saturday, May 28, 2011

Lakaran wajah lelaki simbah asid di KL by Kak Pornah

 
Sana sini orang bercakap tentang kes simbah asid yang macam dah jadi perkara main-main dek sang pelaku. Masyarakat khususnya kaum wanita Melayu (sasaran utama suspek) bukan sahaja dibelenggu rasa takut keluar rumah untuk bekerja malahan aktiviti harian mereka turut terganggu dek perkara yang satu ni.

Sehingga awal Mei ini sahaja, kira-kira 23 kes simbah cecair yang dipercayai asid jenis 'Alkaline-based' atau 'Oxidizing Agent' telah direkodkan di beberapa lokasi di sekitar ibu negara seperti Sentul, Dang Wangi, Bangsar, Brickfields dan termasuklah Lembah Klang. Meskipun cecair tersebut tidak mengkibatkan lecur pada tubuh mangsa, namun ia memberikan kesan gatal jika terkena kulit.

Perbuatan yang dikesan aktif sekitar awal Februari tahun ini akhirnya telah membawa kepada penyebaran lakaran wajah suspek yang dipercayai seorang lelaki berketurunan India dan bermotosikal kepada umum. Malangnya, hingga ke hari ini suspek masih gagal dikesan!

Persolannya, apa motif sebenar lelaki psiko ini menyimbah asid kepada wanita Melayu sahaja? Mengapa tidak melibatkan bangsa dan jantina lain? Meskipun ada cakap-cakap yang mengatakan ia bermotifkan perkauman, namun alasan dendam atau sakit jiwa juga boleh jadi penyebab kepada gejala ini.

Disebabkan kes ini masih lagi dalam siasatan dan suspek masih belum ditemui, maka Kak Pornah berbesar hati nak menitipkan beberapa nasihat dan pendapat kepada korang semua khususnya kaum wanita dalam usaha membanteras jenayah ini.

Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mungkin sudah biasa didengari. Selain itu, membawa pisau atau objek tajam di dalam handbag juga mungkin dianggap lazim. Cuma kalau mahu lebih spicy, apa kata korang bawak cecair atau serbuk cili pula. Kalau korang letak dalam bekas yang berbentuk spray tu lagi bagus. Agak-agak korang nak bertembung dengan ‘makhluk perosak’ ni, cepat-cepatlah korang keluarkan senjata korang. (Kita tengok siapa yang kena!)

Cadangan seterusnya mungkin janggal untuk korang dengari. Pakai helmet atau topi keledar sewaktu memandu! Bunyinya memang kelakar, namun kalau itu salah satu cara yang boleh menyelamatkan anda daripada menjadi mangsa simbah asid, kenapa tidak! Sekurang-kurangnya muka korang sentiasa terselindung di sebalik helmet tu. Paling penting, semasa memandu tak payah la korang nak bukak cermin tingkap kereta. Tu semua boleh jadi penyebab korang di ‘attack’ oleh mamat asid tuh!

Malang memang tak berbau. Namun kita sebagai manusia harus sentiasa berusaha mencari jalan yang terbaik bagi mengekang sebarang perkara yang tidak diingini. Dalam konteks ini, Kak Pornah rasa terpanggil untuk memuji sikap rakyat Malaysia yang prihatin. 
 
Buktinya di laman sosial seperti facebook, twitter dan juga blog, rakan-rakan kita seringkali ‘mengemaskini’ maklumat terbaru tentang kes ini untuk peringatan bersama. Semoga dengan kerjasama kita semua si 'mahkluk mental' ini dapat ditumpaskan dengan kadar segera! Apa dia ingat muka kita yang cantik molek ni getah sekerap a.k.a lantun (bahasa kampung u olls) ke sampai nak dicurah cuka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.