Thursday, May 5, 2011

Hamidah Osman cuba sabotaj, Bau mulut orang beriman yang berpuasa manakan sama dengan bau mulut busuk sipenyibar fitnah!

Tanpa fakta yang sahih, Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat telah melontarkan fitnah dan tohmahan melulu kononnya Jawatankuasa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh telah menerima bantuan RM300 ribu dari PAS Pusat untuk mendirikan sebuah sekolah agama rakyat dikawasan lapang tanah surau tersebut.

Malah Hamidah dengan mulut cabulnya itu telah mentohmahkan bahawa surau tersebut adalah surau PAS dan pembinaan sekolah agama rakyat di situ tiada mendapat kebenaran JAIP dan kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh.Begitulah kelaku kalau mulut bau taik!

Masih memerlukan bantuan dana.Sila berurusan
melalui maklumat yg tertera dalam gambar atas ini Menurut Pengerusi Surau tersebut, pihak surau telah membenarkan murid-murid sekolah agama rakyat di Taman Sonj Choon menumpang guna dibahagian bawah bangunan tersebut sejak 13 tahun yang lampau.

Lantaran mahukan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa, pihak sekolah dan Jawatankuasa surau berkenaan telah berusaha dengan insiatif mereka sendiri dan alhamdulillah, dengan berkat kegigihan usaha tersebut, mereka telah mendapat kebenaran JAIP dan menerima bantuan RM100 ribu daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendirikan sebuah bagunan sekolah di atas tapak tanah surau yang kosong di situ.

Perkembangan tersebut rupa-rupanya telah mengundang fitnah dari pihak tertentu.Wakil rakyat kawasan tersebut, Hamidah Osman entah atas tujuan apa telah datang sendiri ke tapak bangunan menemubual kontraktor pembinaan bertanyakan tentang segala macam dokumen kelulusan projek pembinaan tersebut.

Mungkinkah Hamidah berniat baik dan mahu membantu untuk mencukupkan dana pembinaan sekolah tersebut yang masih kekurangan itu ? Harap-harap begitulah kalau beliau seorang wakil rakyat yang bertanggung jawab dan ikhlas mahu membantu rakyat.

Tetapi sehingga kini, Hamidah belum datang menemui pihak surau mahupun pihak sekolah untuk mendapatkan maklum balas yang sebenar berhubung projek pembinaan sekolah agama rakyat di Taman Song Choon atau cuba mengetahui masalah yang dihadapi pihak berkenaan bagi membantu atau memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi pembinaan sekolah tersebut, sila hubungi Imam Khalid melalui talian 012-5895095 untuk maklumat lanjut atau masukan terus ke akaun BIMB 08013010072143. Sila ikuti apa kata Pengerusi surau tersebut dibawah :


Catatan Oleh alhusseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.