Sunday, May 8, 2011

200 Ribu Murtad, Utusan Malaysia Tak Kisah Pun!!

Ini semuanya kerana bendul Utusan Malaysia. Utusan Malaysia memang bendul. Membujur lalu melintang patah. 



Polis berkata akan menyiasat dan mengambil tindakan perlu berhubung dakwaan dua blogger bendul tempatan berkaitan isu agama yang disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Rais Yatim juga tumpang semangkuk berkata pendedahan dua laman blog bendul mengenai majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan. 

Sahihkah sumber blog bendul yang dijadikan rujukan Utusan bendul itu. Kalau salah pertemuan mereka, nyatakanlah apa yang salahnya. Takkan semua main hentam. Kalau ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, kenapa dijemput wakil rakyat Buddha ke sana, serasikan Kristian dengan Buddha...pelik juga bunyinya. 

Gereja terbesar Calvary Convention Centre (CCC) sedang dibina di Bukit Jalil tak disiarkan Utusan pun. Nak membela, tetapi membela kerana kerana tembolok dan perut busuk tak pernah puas. Itulah sebabnya Islam makin punah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ada berkata bilangan umat Islam yang telah murtad mencecah lebih 200 ribu orang, Utusan bendul tak ambil kisah pun malah tak menyiarkannya pun. Apa tindakan ke atas perkara ini.

Utusan Malaysia yang bendul, berselera menjadikan orang lain bendul juga berdasarkan sumber bendul. Perkasa antaranya dibendulkan Utusan. Perkasa menambah lagi resipi menaikkan api perkauman dengan laporan polis yang akan dibuat diseluruh negara. Eloklah begitu, Najib terhegeh-hegeh melaungkan 1Malaysia tetapi dirosakkan Utusan Malaysia dan Perkasa. Kalau peristiwa 13 mei berulang pun, carilah Utusan Malaysia dan Perkasa.

Kita masih belum mendengar apa-apa kata polis atau KDN tentang Utusan Malaysia. 

sumber: Ek Ele

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.