Sunday, April 3, 2011

Video seks:Rakyat mahu kebenaran bukan persepsi - PM

RTM akan tayangkan klip video seks Anwar?

Apakah RTM akan menayangkan klip video lucah 3 Datuk Tolol untuk tontonan orang ramai? Besar kemungkinan ini berdasarkan kepada kenyataan PM Najib yang mahukan rakyat yang tentukan samada Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi seks dalam video tersebut.

Kalau rakyat tidak menonton video lucah tersebut sudah tentu pandangan mereka hanya berasaskan anggapan atau andaian sahaja yang mungkin tidak benar. Orang ramai mesti diberi peluang melihatnya agar spekulasi yang mengatakan bahawa video lucah tersebut adalah lakonan Najib dan Altantuya?

Spekulasi seperti inilah yang mesti dielakan dan rakyat perlu melihat apa yang sebenarnya berlaku berasaskan fakta dan bukti.

Mungkinkah Najib sendiri yang akan jadi pengedar video haram tersebut untuk orang ramai?

Bernama melaporkan :

Persepsi dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.Persepsi adalah pandangan berasaskan anggapan atau andaian yang mungkin tidak benar.Sebaliknya kebenaran adalah berasaskan fakta dan bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Atas sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyerahkan isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi seks seperti dalam video yang didedahkan oleh Datuk Trio ditentukan oleh rakyat sendiri.

“Biarlah rakyat yang ditentukan.Rakyat mahu kebenaran bukan persepsi,”kata Perdana Menteri. Beliau diminta mengulas isu video seks yang sudah disahkan tulen oleh pakar hasil siasatan polis keatasnya setakat ini.

Persepsi dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.Persepsi adalah pandangan berasaskan anggapan atau andaian yang mungkin tidak benar.Sebaliknya kebenaran adalah berasaskan fakta dan bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Atas sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyerahkan isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi seks seperti dalam video yang didedahkan oleh Datuk Trio ditentukan oleh rakyat sendiri.

“Biarlah rakyat yang ditentukan.Rakyat mahu kebenaran bukan persepsi,”kata Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas isu video seks yang sudah disahkan tulen oleh pakar hasil siasatan polis keatasnya setakat ini.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu ketika soalan mengenainya ditujukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Balik Pulau,Pulau Pinang Sabtu.

Kini seluruh rakyat negara ini sedang menanti kebenaran yang pasti mengenai isu video seks ini.Kebenaran seumpama itu antaranya boleh diperolehi menerusi Suruhanjaya Diraja yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus dalam menentukan siapa aktor dalam video berkenaan.

Tandatanya yang berlegar kini ialah apakah kerajaan akan menubuhkan atau tidak suruhanjaya berkenaan dalam usaha mencari kebenaran muktamad keatas isu ini.

Ada juga kalangan pemerhati politik menilai komen ringkas Perdana Menteri itu satu petanda kemungkinan besar sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk untuk menentukan kebenaran berkenaan.

Ini kerana suruhanjaya berkenaan saja dapat meleraikan pelbagai persepsi yang sedang menyelubungi isu berkenaan.

Lagipun Anwar sendiri sudah menuduh ia satu konspirasi yang melibatkan polis.-2/4/2011

Video seks satu hal....Eskay juga dakwa ada simpan ‘bom’ waktu Anwar di Thailand

Ramai yang tertentu tertanya-tanya bagaimana agaknya situasi terkini Datuk Trio – Tan Sri Rahim Thamby Chik,Datuk Shazrly Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim.

Ini mengenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah melancarkan gerak saraf secara besar-besaran untuk memerangi pendedahan mereka mengenai video seks yang didakwa melibatkan dirinya dengan seorang pelacur dari China.

Kekecohan timbul semasa ceramahnya di Taman Melawati dekat Kuala Lumpur Jumaat malam lalu bila penyokong Anwar marah ketika polis memintanya berhenti berucap kerana majlis itu tiada permit polis.Di Stadium Malawati, Shah Alam Isnin malam kira-kira 5,000 orang datang untuk mendengar beliau bersilat menangkis isu itu.

Tinjauan rambang Agendadaily dikalangan ‘ orang atas pagar’ mendapati pandangan agak bercampur-campur yakni ada yang merasa rasa-ragu dan ada yang bersikap hendak tunggu dan lihat sehingga isu ini terdedah lebih jelas.

Paling ramai yang kata selagi tidak melihat dengan mata kepala sendiri sukar untuk mereka membuat kesimpulan.

Malah ada kalangan pemimpin UMNO yang bimbang ‘ misi peribadi’ Datuk Trio boleh backfire tidak tentu kepada parti dan kerajaan.

Dari riak dan cara kebanyakan mereka sendiri bertanya dan ingin korek lebih lanjut kisah ini dari kalangan wartawan yang dianggap ‘ tentu tahu’ ada petanda jelas ia ia hanya melibatkan mereka bertiga sahaja.

Sejak kemunculan kali pertama Rahim dan Eskay mengakui mereka bersama Shuib saja yang terlibat dalam usaha ini pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur petang Rabu....Agendadaily bersama beberapa orang rakan blogger bersemuka dengan mereka secara eksklusif di Shah Alam Selasa malam.

Ketiga-tiga mereka yang sudahpun memberi keterangan kepada polis Bukit Aman nampak cukup relaks ketika bersembang hampir dua jam mengenai berbagai persepsi orangramai yang berbangkit dari pendedahan mereka yang bermula dengan beberapa orang wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.

Baik Rahim,Eskay dan Shuib kata mereka cukup sedar tentang hu ha di seluruh negara mengenainya.

Mereka juga cukup sedar pelbagai usaha Anwar dan pembangkang hendak sembelih habis kredibiliti mereka untuk alihkan isu agar orang hilang kepercayaan keatas mereka – dan isi kandongan video seks itu.

Apapun ketiga-tiga mereka tidak langsung nampak berganjak dari pendirian bahawa ia bukan usaha untuk memfitnah Anwar dan tetap kata 100 peratus lelaki dalam aksi seks itu adalah Anwar.

Selain mengenai video itu sendiri dan jam tangan didakwa milik Anwar yang cuba dicuri oleh pelacur China dalam aksi seks itu,mereka secara off the record memberi beberapa imput lain untuk meyakinkan apa yang mereka dakwa 100 peratus benar.

Bagi mereka memandangkan ia sudah menjadi kes polis biarlah polis menyelesaikan siasatan hasil dari bukti yang mereka beri dan lain-lain maklumat yang diperolehi siasatan berkenaan.

Namun perbualan malam itu tidak hanya berkisar kepada isu video seks yang didakwa libatkan Anwar di Kuala Lumpur sahaja.

Eskay memberitahu sebenarnya hubungan cukup akrabnya dengan Anwar tidak begitu diketahui ramai.

Katanya beliau tidak pernah langsung pergi ke pejabat PKR atau sebarang majlis parti itu atau muncul di khalayak ramai dengan Anwar.

Malah dakwannya hubungannya dengan Anwar lebih special berbanding Datuk Nallakarupan.

“ Saya akan langsung pergi ke rumah Anwar pada waktu-waktu tertentu bila dia panggil saja.”katanya.

Menurut Eskay ,Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah syak apa-apa bila mereka keluar berdua kerana tahu mereka rapat.

Apa yang menarik ialah bila Eskay meminta Agendadaily dan blogger lain yang hadir pada pertemuan itu bertanya lima soalan pada Anwar mengenai Thailand.

“Sekarang orang cakap bab agenda di Kuala Lumpur saja...belum lagi cakap bab agenda di Thailand,” katanya secara bersahaja.

Lima soalan berkenaan ialah berapa kali dalam tempoh dua tahun lampau Anwar pernah ke Thailand,siapa yang menyambutnya setiap kali ke sana,siapa yang menempah bilik hotelnya,siapa yang membayar bil hotelnya dan siapa yang bersamanya sepanjang di sana.

“You pi tanya dia...tengok apa dia jawab,”kata Eskay sambil mengakui beliaulah orangnya.

Namun katanya jika Anwar cakap banyak beliau akan ‘ membuka a can of worms’ (mendedahkan pekung) di Thailand pula.

Ketika didesak Eskay tetap enggan memberitahu apa maksud pekung ‘a can of worms’ itu.
Dari cara beliau bermain dengan kata-kata – satu kesimpulan dapat dibuat ialah ada ‘ bom’ yang mungkin meletup pasal Anwar di Thailand pula selepas ini.

Eskay berkias bahawa Anwar cukup tahu apa yang beliau tahu.-29/3/2011

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.