Memanglah terdesak.. dan menurut seorang sahabat yang berada di pihak UMNO/BN keyakinan mereka hanyalah 50-50 sahaja untuk mengekalkan kuasa di Sarawak..
Oleh sebab itu Anwar Ibrahim perlu dimusnahkan karakternya sebelum beliau berjaya menjelajah ke seluruh Sarawak.. ini telah dijangka sendiri oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau terbang ke Sarawak..
Jadi tak hairanlah kenapa tiba-tiba sedutan Video Lucah itu boleh berada di You Tube sedangkan menurut Trio 'Three Stooges' tiada salinan yang dibuat..
Ada juga sumber yang menyatakan sejumlah besar wang telah bepindah tangan dari seseorang dari kepada seseorang Ketua dari Parti yang telah hampir mati di Sarawak dan sebuah parti yang ditaja BN akan bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS..
Benar atau tidak.. sehingga sekarang telah terbukti 70% dakwaannya itu adalah benar..
P'raya Sarawak : Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'
Tindakan UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu.
Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti itu.
Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25 peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan Rakyat, 16 April ini.
"Kita percaya kalau melihat andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit gentar dengan tekanan ini."
Dr Hassan bagaimanapun berkata, faktor calon 'muka baru' yang dipertaruhkan UMNO BN ini belum tentu mampu mengadakan perubahan yang diinginkan rakyat Sarawak.
"Calon merupakan hanyalah susuk tubuh yang mewakili organisasi iaitu calon-calon tak kira baru atau lama, bukanlah faktor utama yang boleh menentukan berlakunya perubahan dari aspek sistem, bentuk, kandungan, amalan dalam cara menguruskan sesebuah negara ataupun negeri itu.
Dr Hassan tidak menolak kemungkinan UMNO BN menggugurkan kepimpinan terdahulu berikutan kegagalan mereka memerintah Sarawak hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti itu.
"Jadi tidak ada apa-apa pun yang ganjil atau luar biasa dalam PRN Sarawak, cuma beberapa orang tokoh-tokoh baru dijelmakan untuk menggantikan pimpinan lama yang mungkin telah gagal menjalankan tugas kerana mereka tidak disambung jawatan itu atau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan atau mereka dibebankan oleh segala macam masalah peribadi."
Dr Hasan berkata, jika rakyat Sarawak menginginkan perubahan, mereka harus berani memilih parti yang dirasakan mampu membela nasib serta masa depan mereka.
Meskipun UMNO BN yakin akan menang mudah dalam pilihan raya negeri kali ini, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama berdasarkan kebanyakan dari mereka kini terdedah kepada maklumat dan sumber yang sahih tentang kepincangan yang berleluasa dinegeri kelahiran mereka.
"Kebangkitan suara-suara tertentu pada hari ini khususnya di kalangan umur pada 21-45 tahun di Sarawak begitu jelas, kita mengatakan persepsi setakat ini kepercayaan politik di Sarawak telah berubah dan berkembang."
Beliau menambah daripada pengamatannya, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap dasar yang dibawa Pakatan Rakyat berada dalam lingkungan 40 peratus dan peratusan ini tidak mustahil akan meningkat dalam masa terdekat ini.
Ini berikutan Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mereka mantadbir 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Semalam, Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.
Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).
TVS News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.