Tuesday, April 5, 2011

Kerajaan Hanya Pandai Janji Manis : Ahli Parlimen BN ??

 
KUALA LUMPUR: Ketika bersidang hari ini, ahli Parliman Barisan Nasional mendesak wakil menteri untuk menjawab isu kurangnya peluang untuk bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Ditujukan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri SK Devamany, Abdul Ghapur Salleh berkata ketika kerajaan sentiasa memberikan janji-janji manis, namun hasil pada akhirnya adalah sia-sia.

Bahkan selepas 40 tahun sejak Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, tidak ada bumiputera yang berjaya dari negeri itu.

Isu itu timbul ketika Mahfuz Omar (Pokok Sena-PAS) mempersoalkan alasan kerajaan untuk menyiapkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera(Teraju).

Devamany menjawab bahawa Teraju ditubuhkan untuk memantau dan menguruskan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang memperkuat penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Abdul Ghapur kemudian berdiri dan berkata bahawa ini adalah sekadar janji sedangkan hakikatnya sangat kurang bumiputera yang berjaya dari Sabah dan Sarawak.

"(Ini adalah) 'Indah khabar dari rupa'... ekuiti bumiputera di Sabah adalah sifar, sifar. Namakan saya dua bumiputera (dari Malaysia Timur) yang berjaya dalam perniagaan," katanya

Mahfuz kemudian mencelah dan berseloroh, “Musa Aman dan Taib Mahmud, satu (dari Sabah) dan satu (dari) Sarawak.” Ahli Parlimen PAS itu merujuk kepada ketua-ketua menteri di kedua-dua negeri.

Dalam mempertahankan kenyataannya, Devamany berkata dia tidak pernah membuat janji-janji manis. "Saya tak pernah menanam tebu di bibir."

Dia menambah bahawa sukar untuk menyebutkan nama kerana terlalu ramai orang yang berjaya dari Malaysia Timur. Devamany juga mengatakan bahawa ia secara peribadi akan memastikan bahawa rakyat di Sabah akan mendapat manfaat dari program ini.

Kredit : FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.