Friday, April 1, 2011

Berita Baik Buat UMNO Perak! Untungnya Puteri UMNO negeri lain!!!

Wah!...Ini sudah bagus!...Ini sudah baik!...Ini sudah kasi lega pada hati wanita UMNO Perak!

Yang haram poco-poco ni hanya Perak!.....Apa ada hal?

Anjurkanlah majlis poco-poco ni di selangor.....Collaboration dengan wanita UMNO selangor..

Anjurkanlah majlis poco-poco ni di Kedah.....Collaboration dengan wanita UMNO Kedah!

Penang pun boleh... ikut Sg Bakap.....Pahang pun bulehh.. ikut Cameron Highland!

Yang penting.....Gian nak berpoco-poco dapat dilampiaskan!



Adehhhhh!!...mana la wanita UMNO dapat hobi poco-poco nih!....Punya la banyak aktiviti berfaedah lain..

Buat aktiviti Qiamullail seminggu sekali berjuta kali ganda berfaedah lahhhh!

sunsnake 31032011

Mashitah: Poco-poco hanya senaman

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berpendapat tarian poco-poco hanyalah sejenis tarian berbentuk senaman serta tidak perlu diharamkan di seluruh negara.

"Dari satu tempat ke satu tempat tarian poco-poco ini berbeza. Lagu pun tidak sama. Jadi besar kemungkinan ditimbulkan di Perak kerana di Perak tidak sama dengan tempat lain. "Tapi di tempat-tempat lain yang saya sendiri perhatikan ia berbentuk lebih kepada senaman yang mana kalau nak buat aerobik itu pada orang tua mungkin agak agresif.

Jadi poco-poco ini digunakan sebagai wadah untuk orang bersenam, itu yang saya lihatlah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

sumber: Aku Budak Balun

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.