Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz mendapati tertuduh bersalah di antara pukul 8.10 pagi dan tengah hari pada hari antara Januari dan April tahun itu di sebuah pusat asuhan kanak-kanak Bukit Dumbar.
Ewe, tidak tidak menunjukkan sebarang riaksi sewaktu hukuman dijatuhkan, telah didakwa di bawah Seksyen 376 (2)(e) Kanun Kesiksaan kerana merogol kanak-kanak bawah umur 12 tahun, yang membawa hukuman penalti sehingga 30 tahun penjara dan sebatan.
Sewaktu menjatuhkan hukuman, hakim menyatakan pembelaan Ewe hanya penafian kosong dan ia gagal untuk mewujudkan keraguan menasabah terhadap kes yang diutarakan pendakwa.
Di dalam rayuannya, peguambela Datuk C.V. Prabhakaran memohon mahkamah meringankan hukuman, kerana Ewe belum pernah terlibat dengan apa-apa kesalahan dalam tempoh tiga tahun yang lepas.
Beliau menyatakan Ewe, beristeri dan mempunyai tiga orang anak.
DPP Tan Guat Cheng, bagaimana pun, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat demi kepentingan awam, menyatakan Ewe tidak sepatutnya mengambil kesempatan dari kanak-kanak yang berumur 4 tahun, yang sedang belajar di TASKA yang diuruskan oleh isterinya.
"Mangsa berada di dalam keadaan trauma dan ketakutan sewaktu memberikan keterangannya di mahkamah," katanya. "Kita tidak boleh berkompromi di dalam kes rogol, apa tah lagi ke atas kanak-kanak berumur empat tahun."
Prabhakaran memhon penangguhan hukuman sementara rayua dikemukakan. Sitarun membenarkannya dan mengikatjamin sebanyak RM20,000.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.