Tuesday, March 29, 2011

TEMBELANG SUMPAH EZAM PECAH - Oleh: WFAUZDIN NS


EZAM raja sesumpah di dalam mana-mana ceramahnya selepas menganut fahaman Umno, tidak lekang dari mulutnya menyebut keburukan DS Anwar bekas bos pujaannya itu. Bukan Ezam raja sesumpah sekiranya dia berceramah tidak menyebut nama Anwar kerana beliau tahu populariti beliau sebagai pencacai Umno hanyalah bergantung kepada tokoh ternama ini.

Sebelum ini, beliau kerap menjaja sumpahnya walaupun tiada siapa meminta beliau bersumpah. Kini, ilmu sesumpah beliau berjangkit kepada betina yang dibuang dari ahli keluarga sendiri iaitu makcik Umi. Makcik ini pun akan bersumpah sesuka hati bila dan di mana sahaja beliau mahu asalkan sumpahnya itu boleh menjadikan orang yang mendengarnya menjadi jahil atau bodoh.

Selain daripada Ezam raja sesumpah suka bersumpah, beliau ke hulu ke hilir mencabar agar Anwar juga turut bersumpah dan menjadi bodoh sepertinya. Mainan sumpah ini kerja orang bodoh, tidak bertamadun dan orang tidak berilmu. Jika dilihat cara Ezam raja sesumpah sebelum ini yang bersungguh-sungguh mahu Anwar bersumpah di atas salah laku moralnya, seolah-olah jika Anwar bersumpah Ezam raja sesumpah akan percaya Anwar itu benar dan beliau akan melutut minta ampun pada Anwar.

Tetapi itu dulu, kini Ezam raja sesumpah terbelit. Semenjak isu video seks yang ingin memerangkap Ketua Pembangkang itu `terkantoi', Ezam raja sesumpah mungkin sudah merasai betapa segala perancangan ke atas Anwar selalu gagal dan tidak dipercayai oleh rakyat. 
Kini, martabat Anwar bertambah berkali ganda akibat fitnah yang terkantoi itu. Sebaliknya, maruah Ezam raja sesumpah tercemar kerana beliau lah yang paling keras dan banyak membawa cerita keaiban Anwar. Sumpah tidak lagi membawa makna kepada Ezam kerana hati kecilnya sendiri mungkin sedar apa yang berlaku sebenarnya kepada Anwar. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapat Senator hanya menjadi ahli Umno biasa sahaja.

Di dalam kenyataannya di akhbar, Ezam raja sesumpah kini tidak berminat lagi dengan sumpah oleh Anwar. Seandainya Anwar bersumpah sekali pun, Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya.  
" Ezam berkata, sebagai individu yang lama mengenali Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran. “Saya yakin Anwar akan bersumpah jika dia diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika dia sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya (Berita Harian Online)

Jelas, selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap Anwar hanyalah bersifat mengampu sahaja. Beliau tahu Anwar tidak bermasalah untuk bersumpah asalkan ianya berlandaskan hukum Islam yang sebenar. Sebab itulah Anwar seboleh-bolehnya mahu merujuk kes yang beliau hadapi itu mengikut perundangan Islam kerana ada kaedah di mana Anwar mungkin diperintahkan untuk melakukan sumpah. 
Seperti yang Anwar selalu sebut, beliau bersedia untuk melakukan sumpah sekiranya itulah perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah atau mengikut perundangan Islam. Presiden PAS sendiri sebut, jika Mahkamah Syariah memerintahkan Anwar perlu bersumpah, maka Anwar kena melakukannya. Masalahnya, mengapa beliau dihalang dari mengikuti proses mengikut perundangan Islam?

Oleh yang demikian, Ezam raja sesumpah secara jelas telah menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya terhadap Ketua Umum PKR itu. Apa pun yang dilakukan oleh Anwar, pasti Ezam raja sesumpah tidak akan mempercayainya lagi. Sebaliknya, Ezam raja sesumpah lebih mempercayai Najib dan Rosmah walau apa pun yang mereka lakukan. 
Sebagai contoh, di dalam isu video seks yang terkantoi ini, ada kah Ezam raja sesumpah ingin mengulas? Tidak. Mengapa? Sebabnya mulut sudah terkunci rapat, maka kebenaran tidak lagi mampu untuk diluahkan./wfauzdin.blogspot.com

1 comment:

  1. saya dah agak dah..ini la ayat kalau anwar nk bersumpah..jadi sibuk2 apa suruh anwar bersumpah..dasar keleng

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.