Tuesday, February 8, 2011

Wajah Sebenar ‘Pegawai’ Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Yang Telah Di Tangkap Khalwat Akan Di Dedahkan Minggu Ini !! - by pemudasarawak

Seperti yang dijanjikan, maka minggu ini kami akan mendedahkan wajah sebenar pegawai Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang telah ditangkap khalwat bersama pasangannya di Hotel Grand Contienantal Kuantan pada November 2010 yang lalu. 

Memandangkan sehingga ke saat ini tiada maklumat tentang pendakwaan yang akan dibuat terhadap pegawai terbabit, maka kami terpaksa mendedahkan wajar sebenar beliau dan pasangannya itu untuk dijadikan tauladan kepada pihak lain selepas ini. Jangan lupa terus bersama Pahang Daily Online (PDO) dalam pendedahan panas yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana media arus perdana dalam masa terdekat ini. 

Difahamkan, kertas pertuduhan telah pun disediakan dan menunggu masa untuk pendakwaan. Namun, akibat campur tangan pihak atasan maka kes itu terus ditangguhkan hingga ke hari ini. Malah, terdapat sumber mengatakan kes berkenaan mahu ditukarkan kepada pertuduhan yang sengaja direka-reka untuk mengelakkan malu yang lebih besar kepada tertuduh terbabit. 

Demi kebenaran dan keadilan dalam Islam yang sepatutnya ditegakkan, maka kami mengambil peluang untuk pihak berkenaan bertindak segera sebelum malu yang lebih besar menimpa agensi terbabit. Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) perlulah pertahankan kesucian agama Islam daripada seorang manusia yang jelas telah melanggar hukum agama itu sendiri.

Kami terpaksa mendedahkan peribadi pihak tertuduh terbabit, memandangkan kes sensasi ini seakaan dipinggirkan oleh media arus perdana di Pahang. Tiada satu pun media yang berani membongkarkan kes ini sebenarnya. Malahan terdapat sumber mengatakan ianya adalah arahan pihak tertentu. Jika dulu, setiap kali operasi cegah maksiat dijalankan pasti JAIP akan membenarkan wartawan media mengikuti operasi tersebut. Namun kini, semuanya tiada lagi. 

Malah, media hanya dibenarkan hadir di sebelah pagi ke pejabat JAIP jika mahu mendapatkan berita dan maklumat tentang pasangan yang ditangkap. Apakah semua ini bagi menutup malu andainya yang ditangkap adalah pihak yang ada kepentingan atau mempunyai hubungan dengan JAIP sendiri. Terdapat juga laporan mengatakan, ada Peguatkuasa JAIP sendiri pernah ditangkap oleh rakan-rakan mereka ketika operasi berjalan. 

Semua ini didiamkan begitu saja bagi menggelakkan jabatan terbabit mendapat malu. Namun, kes yang melibatkan pegawai MUIP ini haruslah ditangani dengan sebaiknya agar ia tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Semoga pihak berkenaan dapat laksanakan tugas dengan segera untuk selesaikan kes ini!].

sumber: pemudasarawak.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.