Umno nafi terbit 'Selangor Terkini'-Bernama
Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus hari ini menafikan dakwaan kerajaan PKR-DAP-PAS negeri Selangor bahawa Umno negeri itu menerbitkan akhbar “Selangor Terkini”.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu bagaimanapun berkata beliau ada mengedar akhbar itu di salah satu program anjurannya setelah menemui akhbar itu di hadapan pejabatnya di Kuang, dan mendapati ia senada dengan perjuangan Umno.
Abdul Shukor mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa pemimpin Umno terlibat dalam penerbitan dan pengedaran akhbar “Selangor Terkini”.
Faekah pada persidangan media di sini hari ini berkata kerajaan negeri telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 17 Januari lepas terhadap “Selangor Terkini” kerana menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran. — Bernama

“Jadi, apa salahnya kalau saya edarkan pada program anjuran saya daripada melihat ia terbuang begitu saja?,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Abdul Shukor mengulas dakwaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa pemimpin Umno terlibat dalam penerbitan dan pengedaran akhbar “Selangor Terkini”.
“Selangor Terkini” dilihat sebagai saingan kepada “SelangorKini” terbitan kerajaan negeri.
Faekah pada persidangan media di sini hari ini berkata kerajaan negeri telah pun membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 17 Januari lepas terhadap “Selangor Terkini” kerana menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran. — Bernama
Jawapan Ketua Penerangan Umno Selangor itu nampak sangat baling batu sembunyi tangan, pengecut ,dayus tak mau ngaku. Akhbar tersebut boleh pulak diedarkan walaupun tanpa nama penerbit dan pencetak kerana menyokong Umno. Penguatkuasa KDN diam tak kata apa .
Tidak ada serbuan dan siasatan daripada Kementerian Dalam Negeri, kalau libatkan akhbar-akhbar alternatif , majalah kartun politik laju nak serbu walaupun ada permit. Yang pasti Umno memang penakut tak berani berdepan secara 'gentleman' dalam berpolitik. Kalau berani sila tulis nama penerbit sapa pun tak riuh dah..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.