TEMERLOH, 25 Feb: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob tidak mengetahui apa sebenarnya Buku Jingga yang mengandungi program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan kepada kenyataan Adnan yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan akhbar itu di muka surat P3 di bawah tajuk "BN tidak gentar siapa calon pembangkang" (gambar .“Saya fikir sebenarnya MB tidak tahu apa sebenarnya buku Jingga,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau di pekan Kerdau, dekat sini, pagi ini.
Katanya, berdasarkan kenyataan Adnan itu menggambarkan bahawa menteri besar itu tidak mengetahui apa sebenarnya kandungan Buku Jingga.
“Apa yang beliau (Adnan) anggap Buku Jingga adalah serangan daripada PAS kepada kerajaan negeri Pahang sedangkan Buku Jingga tiada kena mengena dengan kerajaan Pahang, dia (Buku Jingga) bersifat tawaran 100 hari Pakatan Rakyat.
“Saya fikir maklumat itu perlu menggambarkan Menteri Besar yang ada tidak tahu menahu Biku Jingga hingga mahu mengeluarkan pula ‘Buku Jingga kedua’ bagi menjawab ‘Buku Jingga pertama’,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.