Sunday, January 23, 2011

Pssstt... PANAS!! Lepas Shahrizat, Razali Ibrahim Pula Berbohong??

RAZALI IBRAHIM MP MUAR
Kah kah kah...

Penyakit lama sudah berjangkit...

Kalau tadi, Ketua Wanita Umno-APCO, sekarang Timbalan Ketua Pemuda pulak...


Siapa lagi kalau bukan Razali Ibrahim ahli parlimen Muar??


Siapa yang buat muka sedih? Normala Sudirman atau si Shahrizat Jalil sendiri??


Tak payahlah nak bagi kami tipu... Cukuplah kamu cakap si Shahrizat yang muka sedih kah kah kah...


Pasal apa?


Sebab dia dah lobi gila-gila calon Wanita Umno-APCO, alih-alih si Azahar yang dapat!


Mau muka tak sedih? Siap dengar-dengar nak boikot lagi kah kah kah...


Jangan laa alihkan isu yang paling panas kat Tenang sekarang ni...


Puak Umno-APCO sudah pecah tiga kah kah kah...


Kalau tak caya, tanya bilik gerakan pagi esok kah kah kah...


Sah-sah kempen Umno-APCO caca marba sebab Soi Lek perlekeh Normala Sudirman tak nak salam tangan lelaki kah kah kah...


Bohonglah lagi Razali, kamu akan terima nasib sama macam Shahrizat kah kah kah...


Cuba Menang Cara Tipu, Pas Tunjuk Muka Sedih


LABIS 21 JAN – Pas dilihat sudah kehabisan modal untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan terpaksa menggunakan taktik meraih simpati dalam usaha menarik sokongan para pengundi sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini.


Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata “hajat” Pas yang hanya sekadar untuk mengekalkan jumlah undi yang diterima pada pilihan raya umum lalu hanyalah bertujuan ungtuk mengaburi mata pengundi semata-mata.


Menurut beliau dalam mana-mana pertandingan, semua pihak mahukan kemenangan dan bukannya persoalan jumlah kemenangan yang diperolehi oleh mana-mana pihak yang sepatutnya ditimbulkan kerana yang penting adalah kemenangan.


“Saya percaya, kepada pengundi benda ini sebenarnya pelik. Kalau sekadar nak kekalkan jumlah undi yang ada pertamanya, pengundi tidak sama kerana ada pertambahan pengundi baru. Adakah dengan mendapat undi yang sama seperti piliahn raya lalu, mereka merasakan dah menang.


“Sebab dalam kita bertanding ia bukan soal berapa jumlah kemenangan. Ia mesti menang. Jadi taktik ini pertamanya pada saya dia dah tidak ada modal. Kedua, sebenarnya mereka ini bukan orang yang tidak pandai. Mereka ini golongan politik. Saya percaya kenyataan itu dibuat untuk kaburi mata pengundi….. siapa yang boleh ukur yang boleh bagi jumlah undi itu jadi sama.


“Kedua dia nak raih simpati kononnya buat muka sedih dan kasihan supaya pengundi yang keluar mengundi nanti terpengaruh,” katanya kepada UMNO –Online pada proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, di sini, hari ini.


Razali yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh kawal jumlah undi yang diletakkan di dalam peti undi.


“Jadi taktik ini adalah satu taktik yang sangat kotor dalam pilihan raya kerana mereka tidak cerita kenapa orang patut sokong calon dia, dia ambil jalan “shortcut” berjalan dengan emosi dan perasaaan serta cuba menipu.


“Ini kerana kalau ada pengundi yang terpengaruh dengan corak raih simpati sebegini akhirnya jumlah undi akan meningkat dan boleh memberi kemenangan. Maknanya menang cara tipu. Itu yang dia harapkan akan berlaku,” katanya.


Berhubung soal calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan untuk mewakili BN pada pilihan raya kecil berkenaan, Razali mengingatkan pihak luar agar tidak mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kepimpinan bahagian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.