Kehangatan kempen PAS semakin membara. 'Booster' jentera kempen semakin di'caj' bersama voltage yg dibawa oleh tok guru nik aziz. TGNA sudah hadir ke Tenang.
Ceramah tok guru nik aziz membakar semangat pertugas pertugas pas dan pakatan rakyat disini. tenang mulai bergelora panas. cikgu mala berhak jaga bumi allah sebab dia nampak hebat kata tok guru nik aziz.
Setelah mengegar ceramah semalam, subuh esok jam 4 pagi, TGNA akan menggegar lagi dengan solat hajat perdana memohon dan bermunajat kepada Allah taala. aktiviti tok guru diTenang mengusarkan perasaan umno.
Umno makin kesejukan. Sesejuk cuaca di DUN Tenang sekarang. Malam menuju siang, siang menanti malam, hujan sokmo dehh di Tenang. Mengikut kata ejam, tunjukkan saya dimana manusia yang masuk umno tak dapat habuan wang ! Tanpa wang..umno lebih cepat mampus.
Maslan, yang jaga Felda, cuba berlagak jadi hero bila mencabar mazlan aliman supaya berdebat 2 hari dua malam. Ini kira debat marathon ni !
Apakah mazlan aliman akan menyahut cabaran debat marathon ini? Hanya masa yg menentukan. Maslan yang dikatakan takut berdebat dengan mazlan aliman cuba menaikkan imej bacul dan penakut ini dengan mencabar mazlan aliman berdebat 2 hari dua malam. Hebat maslan, sejam takut nak berdebat.., tapi berani berdebat dua hari dua malam. Ada fakta ke maslan ini ?
Kalaulah betul maslan boleh berdebat dengan mazlan aliman selama dua hari dua malam, aku sanggup tengok dua-dua huruf M ni bergasak. Kubid pula dah mulakan percaturan untuk menjadi perantara antara kedua huruf M. Meriah debat di Tenang. Ayuh..!
Mari wahai mazlan aliman, kita bergasak selama 2 hari 2 malam. Buktikan PAS juga berani menyahut cabaran debat maslan yang sekadar berani mencabar dibalik belakang bahu Muhyidin.
Kehangatan kempen akan bertambah mulai hari ini. Hari ke-6 kempen. Kepada seluruh ahli dan penyokong pas dikehendaki solat hajat diseluruh negara. Pastikan munajat dengan allah telah dimulakan seawal malam jumaat, malam tadi lagi. Err..sebelum ber'kliwon' tu buatlah solat hajat dulu..tidak mengapa kan ? Tetap tidak menjejaskan 'prestasi', lainlah kalau kena lari marathon 2 hari 2 malam tanpa henti ?
Semoga Tenang damai dalam dakapan PAS. Chemplak barat dan chemplak dan tenang akan digegarkan terus sehingga tamat masa kempen yang dibenarkan oleh spr. Kehangatan kempen diselang seli dengan kesejukkan hujan dimalam hari dan air banjir. Umno cukup takut dengan air rupanya. kejahatan mereka berkempen secara bangang mulai terasa sejak semalam.
Kawasan banjir dan dipenuhi oleh air yang bertakung menjadi satu kempen mudah buat pas. Mana-mana kawasan yang tebal semangat keumnoan sedikit terbuka dengan kehadiran banjir.
Walaupun Umno mengutuk bahawa PAS hanya cuba meraih undi namun penduduk peneroka felda mulai membuka mata selepas umno lari lintang pukang akibat dari kederasan air banjir. Umno mula berputar putar untuk mengambil kembali kawasan selamat mereka. Peneroka mula sedar Umno hanya perlukan mereka untuk mengundi.
(FZT-edit oleh albanjari)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.