Wednesday, January 5, 2011

Majlis Mukabalah Anwar dan Rakan Abim


MALAM kelmarin telah berlangsung majlis 'mukabalah' (bersemuka) di antara kawan-kawan Anwar Ibrahim di dalam Abim. Majlis itu berlangsung di sebuah rumah sahabat (ikhwan Abim) di Putrajaya. Katanya sudah lama majlis berkenaan diatur tetapi ia baru dapat dilaksanakan malam kelmarin.

Lebih 100 orang terdiri dari bekas pemimpin dan anak usrah Abim yang sebelum ini menjadi pengikut kuat Anwar hadir pada majlis tersebut. Ia diadakan tertutup dan dikalangan orang-orang Abim saja. Ia berjalan dalam suasana harmoni dan penuh kekeluargaan.

Sudah pasti majlis itu dianjurkan oleh ikhwah yang tidak berpihak kepada mana-mana puak. Ia diadakan untuk mencari penyelesaian di antara kumpulan yang menentang Anwar. Kumpulan itu katanya sudah tidak bersama Anwar lagi dan menolak kepimpinan Anwar.


Satu demi satu mereka melarikan diri dari Anwar apabila Anwar disumbatkan ke dalam penjara. Sewaktu Anwar berkuasa dulu golongan inilah yang sering bersolat Subuh di rumah Anwar dan sering bergelewat di muka pintu pejabat Anwar yang tukang jadi pengawal ataupun penasihat peribadi yang dibayar 25%.


Itu dulu tetapi kini lain. Lebih malang lagi kumpulan inilah pula yang menjaja mengenai keburukan Anwar dan berusaha agar Anwar tidak diterima sebagai pemimpin. Berbagai usaha dan majlis penerangan keburukan Anwar dijalankan. Semua majlis atau aktviti yang dianjurkan dibayar oleh pihak tertentu. Kerja golongan ini seperti mencincang daging sahabat sendiri dan dijual dipasar kafir untuk beri makan anak isteri.


Penolakan mereka ke atas Anwar kerana mereka mempercayai Anwar meliwat. Anihnya golongan Islamik ini boleh mempercayai sesuatu berita yang disampaikan kepada mereka walaupun tanpa saksi yang adil berlandaskan kitam yang mereka amalkan sendiri.


Adapun mauduk majlis malam kelmarin ialah ingin penjelasan daripada Anwar mengenai pluralisme. Golongan itu menganggap Anwar menerima konsep kepelbagaian aliran agama yang menyesatkan. Hujah mereka ialah berdasarkan ucapan Anwar di satu majlis di London yang seakan-akan menerima konsep berkenaan.


Ucapan Anwar ini juga sudah diseminar, dibahaskan dan dirumuskan baru-baru ini sebagai bahaya dan menyesatkan. Isu ini sudah ditimbulkan oleh
Utusan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi nampaknya kurang mendapat sambutan. Masyarakat umum tidak begitu memahami isu pluralisme ini kecuali golongan pertengahan saja istimewanya dalam Abim.

Golongan Abim yang tebal dengan fahaman ahli sunnah walah jemaah, yang merasa wangi dengan jubah carit dan serban robek itu tidak senang dengan faham berkenaan. Mereka menerimanya sebagai bahaya dan boleh menyelewengkan akidah. Golongan Abim itu jugalah yang menentang bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin yang dianggap sebagai wahabi musyirikin wa tamato!


Katanya majlis malam itu walaupun masih harmoni tetapi sempat hangat dan panas. Antara bekas Abim yang hadir dan menentang Anwar ialah Ismail Mina, Yusuf Yusuf, bekas Presiden Abim. Mereka inilah yang lantang menentang dan kini sudah mufarakah daripada Anwar. Merekalah menjadi juara atau tukang kempen agar pengikut Abim menolak Anwar.


Ismail mendesak Anwar menjelaskan pendirian Anwar mengenai ucapannya di London itu. Dalam penjelasan itu Anwar menghuraikan bentuk pluralisme yang ada berbagai-bagai. Beliau juga menarik perhatian bahawa pluralisme yang beliau perkatakan dari konteks berbeza dengan apa difahami oleh golongan Abim murtad itu - murtad dari menyokong Anwar.


Jelas Anwar beliau tidak bermaksud plurisme itu dari sudut akidah (pegangan) tetapi dari sudut politik, tektik dan strategi. Pluralisme dalam konteks politik sebenarnya tidak dapat dielakkan bila kita berada di bumi yang realiti masyarakatnya berbagai-bagai. Hal ini juga berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz atau pemimpin agama Umno.


Mereka tidak boleh menolak dan hidup secara rigid dengan fahaman sendiri melainkan harus bersama. Misalnya Nik Aziz aktiviti politiknya bersifat plurarisme. Apakah aktviti begini boleh dikatakan Nik Aziz dan tidak Islam?


Kata Anwar beliau harus bercakap demikian, kepelbagain fahaman agama kerana majlis yang dihadiri itu dihadiri lebih 85% bukan Islam termasuk Yahudi, Kristian dan lain-lain. Sudah tentu katanya dalam keadaan itu beliau bercakap mengenai pluralisme dalam konteks itu.


Penjelasan Anwar dapat diterima oleh yang hadir. Mereka merasakan selama ini mereka dikelirukan oleh golongan penentang Anwar dalam Abim itu. Katanya, Ismail Mina tidak berpuas hati dan terus menyerang Anwar. Sikap melampau rakan baik Anwar yang sebelum ini banyak mendapat bantuan Anwar sewaktu Anwar jadi menteri, tidak disenangi oleh sebahagian yang hadir.


Begitu juga dengan Yusri Mohamed yang mulanya lantang menentang Anwar tetapi terkial-kial kerana tidak dapat mempertahankan hujah dan dakwaanya. Katanya bagi menyelamatkan dirinya terpaksa beliau menyandarkan tindakan itu atas kenyataan orang lain. Bagaimana pun orang yang disandarkan Yusri itu bangkit dan menjelaskan yang beliau tidak berpendirian seperti Yusri perkatakan itu.


Sedikit sebanyak majlis itu dapat menghuraikan kekusutan dalam keluarag awal Abim itu. Tetapi harapan untuk mereka akan kembali bersama Anwar menerus perjuangan Islam sebagai
way of live yang menjadi slogan dan retorik Abim selama ini tidak akan mudah terlaksana. Kesetiaan, perpaduan dan iltizam mereka kini sudah berubah. Anwar dengan cara dan pendekatannya, manakala yang menetangnya kini dengan cara dan keyakinan barunya.

Apa lagi kalau setiap bulan poket jubah para penentang Anwar itu dipandati dengan sampul mempunyai RM, makin sukar untuk meraut sebuah kejernihan. Sedangkan Anwar pada masih ini usahkan untuk membubuh wang ke dalam sakut mereka, dalam sakut sendiri pun sering ketiadaan wang. Wang wa wangggggg.

 
MSO.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.