Thursday, January 27, 2011

ADUHAI TENANG YANG TAK MENYENANGKAN

Bukan mudah menjadi calun ketika Pilihan Raya Kecil.  Semua kelemahan peribadi kita akan didedahkan. Malang bagi calun BN, apabila rekod   perkhidmatannya semasa menjadi ADO telah diungkitkan. Tetapi pengundi fanatik BN, tak ambil pot pun. Ha ha.

Yang lebih malang lagi ialah nasib Chua Soi Lek. Lantaran menjadi ketua kempen MCA di sana, maka kesah blue filemnya turut dibangkit semula. Yang peliknya orang macam tu  pun, MCA pilih sebagai ketua. Dah tak ada orang lain lagi ke. Kekadang politik ini buta. Fanatik   keterlaluan menyebabkan sukar berubah dan menerima kebenaran.

Moga-moga dalam Pas tak terjadi macam tu kerana nak memaksumkan pemimpinnya, maka ahli Pas sukar menolak pemimpinnya yang dah mula longgar dengan matlamat perjuangan parti.  Moga-moga tidak ada.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.