Thursday, December 2, 2010

PERSIDEN PERKASA YANG POYO... NAK HIDUP 25 TAHUN LAGI

KUALA LUMPUR, — "Tok Him (Ibrahim) akan hidup 25 tahun lagi untuk mengambil berat dan menjaga kepentingan kaum Bumiputera, rakyat Malaysia dan keselamatan negara,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .

Datuk Ibrahim Ali yang kontroversial, yang mengisi ruang media tanpa putus-putus sejak dua tahun lalu, berharap akan dipanjangkan umur 25 tahun lagi bagi membolehkan beliau terus memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Menjawab soalan pelbagai pihak seolah-olah beliau ‘senyap’ dari arena politik, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata beliau sedang berehat tiga bulan selepas menjalani pembedahan jantung pertengahan 18 Oktober lalu.


Ibrahim menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR) kerana menggunakan platform Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) untuk membawa isu-isu menyentuh kepentingan orang Melayu.


Beberapa pemimpin BN mendakwa tindakan Perkasa dan MPM yang dilihat keterlaluan akan menjejaskan sokongan kepada perikatan itu dalam pilihan raya.


Ibrahim, 57, berkata beliau akan kembali aktif awal tahun depan, dijangka bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


“Dalam sebulan lagi, saya boleh keluar semula untuk meneruskan perjuangan saya dengan aktif dan lebih berani, insya-Allah,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.