Friday, December 31, 2010

Najib bersungguh nak puaskan Mahathir


Pening pening... memang pening... sakit kepala yang amat sangat luarbiasanya sebab ia datangnya dari hati yang sakit. Sakit hati yang teramat memang menyakitkan kepala... haha... Apa taknya, Mahathir tengah marah sekarang ni. Najib perlu tenangkan Mahathir yang marah, Najib perlu puaskan hati Mahathir yang belum puas. Ini tugas penting Najib sebagai ketua kerajaan Be End.

Kerajaan Najib sekarang ni berkuasa untuk membubarkan Parlimen. Bagi la nasihat sikit kat Agong... lalu Agong terpaksa bersetuju... maka Parlimen terbubar. Tapi bagi DUN pulak, ianya adalah dibawah bidang kuasa Sultan negeri masing-masing atas nasihat Menteri-Menteri Besar negeri berkenaan. Haha... ni yang Mahathir marah sangat, Perak kita dah dapat... Selangor jangan dok biaq kat depa... tawan walau dengan cara haiwan... disinilah puncanya si Khusrin, budak suruhan Umno yang selama ini menjadi duri Umno dalam daging Selangor memainkan peranan. Kini peranan yang lebih besar diperlukan iaitu sebagai SUK bagi kerajaan negeri Selangor dengan perkenan dari Sultan Selangor... haha...

Puas hati? Mana boleh Mahathir berpuas hati, beliau tak mudah berpuas hati selagi Anwar bebas lepas. Anwar terlepas kes liwat I ciptaan Mahathir. Memang patut sangat la Mahathir tengah bengang sekarang ni. Lalu tercipta lah kes liwat II hasil kerja tangan Najib. Ini dicipta demi memastikan musuh Mahathir nombor satu itu terpenjara lama dan terseksa anak bini dia. Maka usaha ni sedang rancak berjalan, Anwar pasti ditawan. Sebelah dari kaki Anwar sudah dipenjara sekarang ini...

Najib anak murid yang baik, dia hanya memanjangkan apa yang Mahathir belum sempat siapkan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.