Friday, November 5, 2010

Strategi Ku Li mengena di Galas - Niat Pemimpin UMNO Nak Bunuh Karier Politik Ku Li "BERKECAI"


Selamat Hari Deepavali - Setelah Galas, jangan malas — Sakmongkol AK 47

November 05, 20105 NOV — Antara kenyataan awal Tengku Razaleigh Hamzah, setelah Umno menang dengan majoriti 1,190, ialah mengistiharkan bahawa hubungan beliau dengan parti lawan, tetap baik.

Ini berbeza dengan sikap setengah pemimpin yang sudah naik jobo (loghat orang Negeri Sembilan) yang bakar jambatan. Hari ini orang yang bakar jambatan, bukan sahaja membina banyak jambatan, tapi telah menjadi pemimpin pengampu yang tersohor di Malaysia.

Semasa mengiringi calun Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusuf dahulu untuk penamaan calun, pemimpin-pemimpin jenis bakar jambatan berjalan di belakang kerana merasa bersalah atas banyak sebab.

Sikap seperti ini membezakan pemimpin yang bertahan lama dengan pemimpin picisan. Bila sudah menang, akan angkuh dan ek. Pihak lawan akan di cemuh. Kemenangan sekali kali ini, di baca sebagai penawar segala racun yang sudah meresap kedalam tubuh.

Saya kata, sabar dahulu. Banyak kali saya menyatakan bahawa kehadiran seekor burung layang layang bukan menandakan ketibaan musim panas.

Saya menasihatkan pemimpin Umno janganlah bersegera membaca kemenangan Galas sebagai petanda bahawa parti Umno sudah baik. Kita hanya perlu memeriksa kesiap-segaan jentera parti untuk menilai kekuatan dalaman kita.

Kemenangan di Galas berpunca pada dasar nya kepada ketokohan Ku Li dan strateji kempen nya yang berlainan. Saya telah menghuraikan perkara ini dalam artikel artikel yang saya tulis sejak 1 Oktober lagi.

Jadi apabila Mustapaha Mohamad , ketua perhubungan Umno Kelantan menyatakan kemenangan BN di Galas sebagai petanda kebangkitan BN/Umno di Kelantan, saya rasa elok dia lebih realistik.

Baik kita mengakui bahawa keadaan di Galas adalah unik. Galas ada TRH dan strateji kempen yang berlainan. Kita tidak boleh ada banyak Tengku Razaleigh di merata tempat , tapi kita boleh mengulangi cara kempen di Galas.

Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak Umno sanggup mengulangi cara kempen di Galas?

Apakah cara kempen nya?

Cara yang lebih subdued dan muted. Tidak sombong dan bongkak. Tidak gah kesana sini dengan Land Cruisers atau dengan kereta mewah. Kali ini kita lihat di Galas, kenderaan kenderaan seperti ini amat berkurang. Tidak bising macam bersorak di stadium Bukit Jalil bila 70,000 rakyat Kelantan bersorak gempita.

Sebab pilihanraya ialah bukan pesta buat bising dan menyombong diri. Pilihanraya ialah pesta merendahkan diri sebab kita memohon bantuan rakyat untuk memilih kita. Pilihanraya bukan kesempatan melintahkan diri dengan menyunglap dana pilihanraya.

Bila Mustapha sedia merobah cara kerja budak budak Umno, baru lah dia boleh kata kita ada petanda kebangkitan Umno Kelantan. Umno Kelantan akan bangkit jika Mustapha berusaha mengujudkan banyak lagi Razaleigh Hamzah dan menreplikasi cara kempen Galas.

Untuk ini, kita kena season sikit cara budak budak Umno berfikir. Jangan fikir masa pilihanraya, kita boleh samun duit parti dan buat duit. Di Galas pun, kalau kita selidik, “the old ways” menangguk di air keruh tetap ada.

Jika pun cara perang besar dengan belanja besar di minimakan kerana itu strateji pengarah pilihanraya, namun terdapat kumpulan sana sini yang buat onar dan karenah. Ada sahaja pecacai politik yang memberi lapuran bahawa kumpulan sini dan sana tidak akan mengundi BN kecuali kita beri pengeras. Dan saya boleh selesaikan masaalah ini. Ini cara Husin Lempoyang jual orang lebih untung dari jual unta.

Sindrom Husin Lempoyang selesai masaalah ini dengan cara memberi pengeras , merupakan amalan budaya politik yang mesti di kikis jika kita mahukan, kemenangan Galas di jadikan petanda kebangkitan Umno di Kelantan.

Kemenangan di Galas bukan lagi petanda kebangkitan Umno di Kelantan, tapi peringatan Umno akan pulih jika bersedia membekalkan diri dengan bakat kepimpinan yang baik dan bersedia merobah cara kerja politik mereka. — sakmongkol.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.