Monday, November 1, 2010

Soberi Shafii keluar Umno ??


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

PRK Galas : UMNO Terima Kejutan, Soberi Keluar Parti
01/11/2010


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Menjelang Pilihanraya Kecil DUN Galas 3 hari lagi, UMNO menerima kejutan hebat apabila Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menghantar permohonan itu kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan penerimaannya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini selepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalkan segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi.

Soberi berkata, selepas keluar Umno beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.