Thursday, November 4, 2010

RASUAH BERLELUASA DIKEDUA PRK GALAS DAN BATU SAPI ? SPRM KENAPA DIAM?


Rasuah oh Rasuah! antara baik dan buruk SPR dah tak reti beza, SPRM diam membisu tanpa mengeluarkan ...apa apa penjelasan.. Rasuah, Pemberian, Bantuan atau Zakat.. Semua melibatkan WANG.. dan yang bestnya berlaku dalam kempen PRK Galas dan Batu Sapi.. mari kita kaji..

1. UMNO beli UNDI Rakyat Dengan nilai RM20 seorang di Galas.. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.


2. PAS memberi zakat kepada saudara 'baru' islam di Galas.. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.

3. MCA Bahagian Sandakan dihujani rakyat majoriti berbangsa cina beratur di panas terik untuk dapat RM100.. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengulas apa apa kerana dianggap ini hanyalah satu gimik dari pihak pihak yang tidak diketahui.

4. Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka.. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengambil tindakan atau apa apa siasatan kerana itu hanya 'upah' untuk berhimpun dalam program kerajaan je..

..dan banyak lagi la.. malas nak taip kerana biar apa pun, kalau UMNO-BN bagi duit, dikatakan bantuan untuk rakyat, tapi kalau PR bagi duit, RASUAH je laaaa, xde bende lain..

1 comment:

  1. Salam,

    Jangan Risau
    Kalau dulu media perdana boleh mengubah persepsi
    Sehingga letak siapa pun sebagai calon@ tunggul kayu sekalipun ,BN pasti menang.
    Rasuah dalam pelbagai bentuk pasti dikatakan hadiah apalagi diselimut oleh SPR.
    Kini belum pasti pengundi boleh terkena pancing meskipun umpan diambil.

    Pengundi sudah bijak kata penganalisis politik
    Kalau Parti/Pemimpin Politik tertentu (?) bijak (menipu@bermain isu@berjanji palsu)
    Pengundi bijak memilih apa yang diinginkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.