Thursday, November 25, 2010

Pegawai Khas di pejabat Dato Noh Omar kaki 'POW DUIT

Sohaimi Shahadan adalah Pegawai Khas di pejabat Dato Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani serta Ketua Pemuda Selayang. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.

Masaalahnya, pilihan Khairy masih bukan calon yang diterima majoriti Ketua-Ketua Pemuda Bahagian dalam Selangor.

Sohaimi pula sudah menimbulkan kontroversi kerana dipercayai meminta wang atau bahasa lingo politik, “pow duit” dari Ketua Eksekutif francis Hot Dog 1901 yang sepatutnya menerima anugerah usahawan dari Pemuda UMNO bersama Tony Fernandez.

Dia enggan membayar dan langsung tidak diberi anugerah tersebut. Kredibiliti anugerah ini pun turut tercemar.

Sanggah Tok Janggut atau penulis Aimam JR turut mendedahkan Sohaimi didakwa menyeleweng kuasa untuk mengaut perolehan tender pembekalan baja Kementeriaan.

Oleh kerana dia bekerja bawah Dato Noh, susah untuk Dato Noh tidak menyokong perlantikan Sohaimi.

Selain itu, sumber memberitahu Dato Noh yang pernah berhadapan dengan rungutan akarumbi kerana tidak ada gerak kerja politik dan ‘kemut’ duit melihat Sohaimi sebagai penyelesaian masaalah. Dia tidak perlu keluar wang untuk Pemuda Negeri. Sohaimi sanggup dahulukan RM500,000 tetapi bersyarat. Mesti ada projek untuknya menampal kembali wang keluar itu.

Jika dakwaan Aiman dan sumber ini, nama baik Dato Noh pun akan turut terpalit.
Selain masaalah amanah, Sohaimi ada masaalah penerimaan akarumbi. Dia tidak popular dikalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Selayang. Cerita-cerita mengenai permainan wang Sohaimi pun mula diungkitkan akarumbi. Baca RBF di sini.

Mungkin pening bagi orang biasa memahami tetapi selalunya ahli politik bersifat ‘hidung tidak mancung tetapi pipi tersorong-sorong.” Setiap ahli apolitik mesti ada cita-cita untuk dapatkan jawatan.

Walupun tidak diterima sangat akarumbi setempat, Sohaimi masih bercita-cita untuk naik dalam politik. Sumber yang mengaku rapat dengan Sohaimi memberitahu dia inginkan jawatan Ketua Pemuda supaya dia dipertimbangkan untuk kuota Senator Selangor bagi Barisan Nasional.

Ini meletakkan Sohaimi dalam kedudukan strategik untuk dipertimbangkan menjadi calon ADUN Taman Templar menggantikan ADUN yang ada, Dato Subahan Kamal. Rancangannya tidak berakhir di situ kerana dia berharap untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor jika BN mengambilalih kembali Selangor.

Memang satu modal lobi baik untuk ditonjolkan muka-muka baru tetapi muka yang macam mana? Buat apa, kalau ianya bukan orang yang bersih dan ikhlas untuk berkhidmat dan memperjuangkan rakyat. Ditambah lagi, perkiraan untuk jawatan adalah wang.

Adakah Khairy masih mahukan seorang yang penuh liabiliti untuk dijadikan Ketua Pemuda UMNO Selangor? Tidak sebulan Dato Najib berucap di Persidangan Agung Tahunan UMNO, sudah lupakah pesanannya?

Bila liabiliti sudah menjadi realiti, nama Khairy dan pasukan orang Khairy akan terus dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa. Nama Khairy, yang sepatutnya sudah tiada lagi untuk pergi melainkan bangkit kembali, akan menjunam lagi. Rancangan jangka masa panjang Khairy pun akan turut terkandas.

Isunya jelas dan implikasinya jelas. Kita lihat saja bagaimana matang Khairy menangani ujian kecil kepada kepimpinannya. Berupayakah budak Oxford ini lakukan sesuatu yang bijak.

Sumber: ABITW

Perkara-perkara beginilah kadangkala membuat kami kecewa. Kami bersusah payah bekerja untuk menawan balik Selangor. Mereka-mereka yang diatas pula tidak buat kerja, tetapi sibuk mencatur jawatan.

Pilihanraya belum tentu menang, tapi semua sudah pasang cita-cita hendak jadi MB. Lebih malang lagi orang yang memasang cita-cita itu seorang malaun.-selangordaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.