Saturday, November 27, 2010

Mentadbir Dengan Baik: Khalid Sambut Baik Ingatan Presiden



PETALING JAYA 27 NOV: Ingatan Presiden PKR agar anggota parti supaya mentadbir dengan baik oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya selaku presiden Ucapan dasar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sangat menyeluruh sambil mengingati anggota parti bahawa ia merupakan tanggungjawab bersama dalam usaha mereformasikan parti.

Kata Wan Azizah, PKR telah dipilih oleh rakyat untuk memimpin di negeri Selangor maka ingatan presiden itu adalah supaya kita mentadbir dengan baik kerana ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang mesti dijaga.

"Presiden turut memberikan ingatan bahawa banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan seperti memberikan satu kepercayaan kepada pelabur-pelabur asing bahawa Malaysia masih merupakan tempat yang terbaik untuk pelaburan.

"Presiden turut mengingat supaya kita menjaga tentang pendidikan dan masyarakat yang merupakan isu yang sangat penting untuk menunjukkan Pakatan Rakyat dapat menandingi Umno-Barisan Nasional dalam mentadbir Selangor," ujar Khalid.

Berhubung dengan tema kongres nasional PKR kali ini, ADUN Ijok itu juga berkata negeri Selangor telah pun melaksanakan agenda tersebut berasaskan slogan kerajaan negeri iaitu 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

"Rakyat akan merasa pembangunan secara menyeluruh dan memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam aspek pemikiran dan perancangan kita. Setiap
perancangan kita mengambil kira kehendak dan pembangunan rakyat.

"Kedua...kita dalam belanjawan kerajaan negeri menyatakan dengan jelas aitu dengan temanya, hasil negeri untuk rakyat," kata Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Ujarnya lagi, Kerajaan Negeri akan mencari semua peluang-peluang yang terbaik untuk membangunkan rakyat.

Sementara itu, Speaker Dewan Negeri Selangor, pemerhati yang mewakili DAP, Teng Chang Kim berkata ucapan dasar Presiden PKR amat menyeluruh yang kritikal tentang ekonomi, politik dan pendidikan.

"Saya kagum dengan keberanian beliau yang menyentuh konsep Ketuanan Melayu yang harus dikikis dan dihapuskan daripada politik Malaysia.

"Konsep ini telah memecah belahkan perpaduan rakyat dan bagi sebuah parti yang berbilang kaum amat penting yang akan menentukan halatuju PKR.

"Presiden juga telah menunjukkan komitmen untuk memperjuangkan satu sistem pendidikan yang lebih adil dan menyeluruh demi perkembangan negara ini," ujar Teng yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.