Saturday, November 27, 2010

Ketuanan Melayu??? Kah Kah Kah... Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah


Dalam mempersiapkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar slogan 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan oleh Umno ditinggalkan kerana ia hanya merupakan konsep untuk memperdaya dan memundurkan bangsa Melayu itu sendiri.

Malah kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-7 di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi, jika Melayu mahu maju 'Ketuanan Melayu' wajib di tinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil elit Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain).

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu," tegas beliau di hadapan hampir 3,000 perwakilan, pemerhati serta penyokong parti.

Tambah Dr Wan Azizah sesuatu bangsa iu tidak akan menjadi agung dan hebat dengan hanya memanggil diri mereka sebagai tuan malah tradisi orang Melayu, sendiri menuntut supaya mereka menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.