Luarbiasanya dubur Saiful...Pakar perubatan Dr Mohd Razali menegaskan bahawa dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan “kosong’ walaupun Saiful mengadu tidak membuang air besar selama 48 jam.
Razali mendakwa bahawa walaupun seseorang tidak membuang air besar begitu lama, maka dubur beliau tidak boleh dalam keadaan kosong,
Peguam Anwar Sankara Nair menyifatkan keterangan Dr Razali sebagai “luar biasa.”
Dr Razali berkata beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful pada 28 June 2008 atau 56 jam selepas pengadu mendakwa di liwat.
Pada pemeriksaan itu, Dr Razali mendakwa walaupun dubur pengadu tidak mengandungi najis, namun beliau menjumpai sampel air mani tertuduh.
Dr Razali bagaimanapun tidak yakin samada sampel itu diletakkan dalam balang kalis udara kerana tugas itu dijalankan oleh doktor lain.
Pada sebelah pagi, Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguambela Anwar mendapatkan laporan awal pemeriksaan doktor terhadap Saiful ini.
Alasan yang diberikan hakim ialah laporan itu hanya boleh diperolehi jika dikemukakan oleh pendakwaraya atau jika Dr Razali merujuk kepadanya semasa memberi keterangan.
Laporan itu penting kepada peguambela kerana ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai pemeriksaan ke atas Saiful yang tidak dimasukan dalam laporan perubatan yang dikemukakan kepada mahkamah.
Ketika memberi keterangan bulan lalu, Dr Razali enggan merujuk kepada laporan pemeriksaan awal itu walaupun gagal memberikan jawapan memuaskan kepada soalan yang diajukan oleh peguam Karpal Singh.
Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan HKL yang muktamad diterima sebagai bahan bukti walaupun sebahagian daripada laporan itu tidak dikemukakan.
sumber : shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.