Thursday, November 25, 2010

Kes Fitnah Ke-2 Bersambung Esok, Pihak Pendakwaan Perlukan Masa


KUALA LUMPUR 25 NOV: Makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela Karpal Singh yang mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mengendalikan kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hujahnya Karpal menyifatkan hakim berlaku berat sebelah mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembela dibekalkan laporan klinikal pengadu Saiful Bukhari Azlan.


Tambahnya lagi, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap pembelaan.

Beliau berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi disyaki berat sebelah atau prejudis namun sekiranya didapati menjurus kearah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya dalam mahkamah.

Walaubagaimanapun, pendakwaraya memerlukan masa untuk melihat permohonan pembelaan.

Perbicaraan bersambung esok dengan pendakwa akan memberi maklumbalas permohonan mengugurkan hakim.

Dalam pada itu, Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin tidak hadir kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.