Wednesday, November 3, 2010

KEDAIFAN RAKYAT DI BATU SAPI BARU BN/UMNO DISEDARI ! AYUH UNDI PAKATAN RAKYAT !



Saya sudah beberapa kali melalui jln tersebut. Sabah memang negeri kedua miskin di malaysia. Ironinya, BN/UMNO sudah mmerintah sabah sekian lama dan sabah juga mempunyai sumber ekonomi yg sangat banyak.Masalahnya para pemimpin ini turun padang hanya ketika perlukan undi dari rakyat.Masa inilah segala peruntukan kilat diberi. Org sakit dan miskin dilawat, dipeluk. Mana mereka sebelum ini? Nak menghadiri kenduri kahwin org miskin pun tak ada masa.
BN/UMNO tak salah, yg salah adalah pemimpinn UMNO/BNnya yg arrogant. Are they really sincere in serving the need of the rakyat?Kesian org kampung yg setia, walau di peduli secara bermusim, mereka tetap mengundi BN.Berubahlah sebelum generasi yg berumur 40 tahun kebawah mengubah undi mereka...
Lima hari empat malam di Batu Sapi, Sandakan, merupakan satu pengalaman cukup berharga buat seorang blogger. Saya perlu berada di satu kawasan untuk menulis dan membuat catatan. Jika saya menulis dan menyampaikan cerita tentang Batu Sapi dengan sekadar membaca dan mendengar cakap-cakap orang, barangkali catatan saya kurang berkesan.

Saya memandu sendirian ke Batu Sapi melalui jalan Pitas, Kanibongan, Paitan terus ke Sandakan. Kereta Nissan X Trail saya memang tahan lasak dan sesuai untuk adventure. Sambil itu saya ingin melihat sendiri keadaan pekan-pekan kecil di kawasan Pedalaman Sabah yang belum pernah saya kunjungi.

Ternyata kawasan pekan kecil masih dalam keadaan amat daif dan miskin. Ketika singgah di Kanibongan, saya berbual dengan penduduk Ubian dan Suluk sedang menjual hasil laut. Menurut mereka di sebelah darat kebanyakannya orang Rungus dan Dusun, tetapi kawasan pantai kaum Ubian, Bajau dan Suluk.

Kanibongan yang satu ketika kaya dengan balak, hanya terdapat 3 atau 4 kedai runcit yang diperbuat dari papan. Manakala pekan kecil Paitan hanya sebuah kedai runcit sahaja. Disamping tersedia tapak tamu (pasar minggu) yang sunyi sepi sewaktu saya singgah pada petang itu.

Saya seolah-olah menonton filem "Back to the Future". Seperti saya kembali 50 tahun yang lalu. Beginikah keadaan Sabah sewaktu pemerintahan British?

Tetapi airmata saya hanya menitis bila melihat kemiskinan rakyat di kampung Lupak Maluas, Kg Gas, Kg Istimewa, Kg Bahagia dan kawasan-kawasan perkampungan Bumiputera Islam di sekitar persisiran pantai parlimen Batu Sapi.

Bunyi musik dan nyanyian Karaoke dari markas BN di perkarangan MPS hanya seperti lagu-lagu dari filem Hindustan yang menyebabkan rakyat lupa kesusahan hidup mereka buat seketika. Filem Hindustan sentiasa menggambarkan kekayaan tetapi selepas menonton filem, rakyat kembali ke rumah mereka yang hampir roboh!

Begitulah nasib penduduk miskin di kawasan Batu Sapi!

Saya juga diberitahu, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Mansoor gagal menahan sebak bila memasuki sebuah rumah rakyat miskin yang lumpuh dalam siri lawatan ke kawasan itu. Barangkali keadaan hidup rakyat di kawasan Lupak Maluas tidak pernah dilihat di mana-mana dalam negara ini.

Seumur hidup, saya tidak pernah nampak minyak makan dan kicap dijual dalam peket plastik dengan harga 20 sen sepeket!!

Untuk menggoreng ikan, 5 peket minyak makan diperlukan. Jika tidak ada duit seringgit, ikan hanya direbus bersama garam dan kunyit. Bayangkan betapa daifnya hidup rakyat di kawasan ini..MasyAllah!

"Keadaan seperti itu hanya berlaku di setengah negara Afrika yang amat miskin!" Kata Tan Sri Majid Khan yang kebetulan bertemu dengannya selepas makan seafood di Ocean King.
"Yang peliknya, kemiskinan ini berlaku dalam bandar, tak sampai 5 batu dari bandar Sandakan" Begitu nada kesal yang diluahkan Datuk Akhbar Khan, bekas MP Libaran yang bersama dengan Tan Sri Majid.

Seperti kawasan filem "Slumdog Millionare" tegas Akbar lagi.

Sungguhpun begitu, rakyat bumiputera Islam yang terdiri dari Bajau dan Suluk merupakan penyokong hardcore UMNO dan BN. Walau sekian lama nasib mereka tidak terbela dan kerap dijanjikan bulan dan bintang setiap kali pilihan raya, namun kesetiaan mereka tidak pernah berbelah bahagi! Apakah kemiskinan menjadi punca mereka tiada pilihan dan terus menyokong kerajaan?

Rakyat bumiputera Islam di kawasan Batu Sapi telah terlepas pandang sekian lama. Satu ketika dulu ketika industry balak menjadi penyumbang utama aktiviti ekonomi bandar Sandakan, golongan ini tidaklah miskin seperti keadaan sekarang.

Golongan pengundi bumiputera Islam yang merupakan 42% daripada jumlah pengundi adalah penyokong setia BN di Batu Sapi. Jika golongan ini masih setia pada BN dalam PRK kali ini, Batu Sapi akan dipertahankan BN. Jika tidak?

sama-sama kita renungkan dan kepada pengundi jangan pandang belakang terus undi calon Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.